Nuffnang advertisement

Isnin, 1 November 2010

Latar Belakang PruBSN Takaful



Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah diberi kepercayaan dan kelulusan untuk mengurus industri Takaful daripada Bank Negara Malaysia pada awal tahun 2006. Kerjasama antara dua syarikat kewangan yang utuh iaitu Prudential Holdings (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melahirkan syarikat PruBSN Takaful. Prudential ditubuhkan pada tahun 1848 dan menjadi pemacu kepada insurans nyawa dan pencen di United Kingdom.



Hari ini Prudential berbangga menjadi salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan yang terbesar di dunia. Melalui Prudential Assurance, jenama Prudential telah berkembang di Malaysia sejak 80 tahun lalu. Manakala BSN yang dilancarkan pada tahun 1974 mempunyai 9 juta pelanggan dengan kekuatan tenaga pekerja 5,300 orang di 400 cawangan di seluruh negara. Ia didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Kekuatan jenama dan identiti kedua-dua syarikat ini telah menghasilkan peluang kepada PruBSN untuk terus maju dalam industri Takaful di Malaysia.




Visi PruBSN adalah untuk menjadi penyedia penyelesaian kewangan Syariah bertaraf Dunia. Ini kerana di PruBSN, Kami Memahami, Kami Prihatin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...