Nuffnang advertisement

Isnin, 12 November 2012

Amalan Akhir Tahun Hijrah dan Awal Tahun Hijrah


Di sini dikongsikan Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk dibaca pada petang akhir tahun Hijrah dan malam hari awal tahun Hijrah. Semoga semua amalan yang kita lakukan diterima dan semua dosa-dosa diampunkan oleh Allah SWT. Dan semoga kita menjadi insan yang lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Amin.
                                                                                                                    
Marilah kita sama-sama membaca doa Akhir Tahun Hijrah pada penghujung waktu Asar akhir tahun Hijrah, kemudian disusuli dengan membaca doa Awal Tahun Hijrah selepas waktu maghrib awal tahun Hijrah. Doa-doa tersebut adalah seperti berikut:

Doa Akhir Tahun Hijrah. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

Doa Akhir Tahun Hijrah


Doa Awal Tahun Hijrah. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

Doa Awal Tahun Hijrah


Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia ini dan juga di akhirat kelak.


Khamis, 8 November 2012

Bersuci Cara Rasulullah SAW

video

Islam ialah agama kesucian. Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling cenderung kepada kebersihan dan kesucian. Bersuci ada yang wajib dan juga sunat. 

Wajib bersuci ketika bersuci dari junub, haid dan lain-lain. Sunat bersuci pula seperti mandi Jumaat, mandi dua hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, mandi untuk solat gerhana matahari dan bulan, ketika menghadiri sebarang majlis keramaian dan mandi ketika masuk ke Mekah untuk Ihram dan Haji.

Cara Mandi Junub Mengikut Sunnah


1. Membasuh kedua-dua tangan.
2. Membasuh tempat hadas dan menghilangkan bekas iaitu menyucikan najis di bahagian kemaluan depan dan belakang.
3. Mengambil wuduk seperti wuduk untuk menunaikan solat.
4. Melerai rambut dengan jari-jemari dan menuang air sebanyak 3 kali ke kepala agar seluruh rambut mengenai air sambil berniat untuk mandi junub.
5. Membasuh sebelah kanan bahagian depan dan belakang badan.
6. Membasuh sebelah kiri bahagian depan dan belakang badan.
7. Membasuh kedua-dua kaki.
8. Sunat lebihkan tumpuan di bahagian sendi, bahagian bawah lutut, bahagian ketiak dan bahagian antara 2 peha.
9. Pastikan air sampai ke bahagian anggota yang tidak terkena air dengan menggosok dengan tangannya sehingga yakin seluruh anggota badannya mengenai air.

Cara ini sunat dibuat pada mandian yang lain iaitu boleh dibuat pada mandian sunat atau biasa. Akhiri dengan doa seperti doa ketika selesai berwuduk iaitu:


"Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah. Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi Muhammad ialah hamba dan utusan Allah. Segala pujian bagi-Mu ya Allah. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan-Mu. Aku memohon keampunan dan taubat pada-Mu. Wahai Allah, jadikan aku dari kalangan orang yang bertaubat. Dan jadikan aku dari kalangan orang yang bersuci. Dan jadikan aku dari kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh."

Sesiapa yang membaca doa ini, Allah SWT akan bukakan untuknya 8 pintu syurga.

Sunnah Nabi SAW, baginda tidak mandi dalam keadaan bogel iaitu baginda mandi dengan memakai kain penutup yang menutup bahagian antara pusat dan lutut.

Nabi SAW melarang membazir ketika berwuduk dan bersuci. Makruh dalam berbazir menggunakan air ketika berwuduk atau beribadah walaupun diambil dari air sungai yang mengalir.

Ketika baginda SAW sakit dan menghampiri kematian, baginda telah mengajar orang lain cara memandikannya setelah baginda wafat. Baginda meminta mereka memandikannya dengan air dan telaga tertentu seperti sabdanya yang bermaksud: "Bila aku mati, mandikanlah aku dengan air telagaku, telaga Ghars."

Wallahu 'a'lam.

Isnin, 5 November 2012

Bergaul dengan kanak-kanak mengikut sunnah Rasulullah SAW

video

Nabi Muhammad SAW begitu baik dalam layanannya kepada kanak-kanak. Sesungguhnya kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik. Nabi SAW memelihara kesucian dan ketulenan ini. Antara contoh belaian kasih baginda kepada kanak-kanak ialah:



1. Baginda SAW suka menghidu, mendakap dan mencium kanak-kanak.

2. Nabi SAW suka mendukung kanak-kanak.

3. Bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak dan juga baik untuk jiwa dan tubuh badan.

4. Nabi SAW selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak.

5. Nabi SAW memiliki sifat kasihan begitu melindungi kanak-kanak.

6. Sesiapa yang membimbing anak-anaknya, dia telah menjinakkan hasadnya.

7. Nabi SAW mendidik kanak-kanak, membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka.

8. Rasulullah SAW suka mendidik kanak-kanak dalam berkata benar juga dengan sifat berani.

9. Rasulullah SAW tidak pernah memukul orang lain dan tidak pernah menyakiti kanak-kanak.

10. Nabi SAW meletakkan satu kaedah penting dalam mendidik anak-anak iaitu "Perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun apabila mereka meninggalkan solat."

11. Jadilah guru ketika anak-anak masih kecil dan kawan apabila mereka meningkat usia.

12. Melindungi anak-anak dengan doa iaitu "Aku berlindung dengan nama Allah yang sempurna daripada syaitan dan haiwan yang berbahaya dan daripada bahaya hasad." Sesiapa yang membacanya Ummu Sihyan tidak akan dapat memudaratkannya. Ia sejenis jin yang suka menyakiti kanak-kanak.

13. Baginda SAW suka menggembirakan kanak-kanak. Allah SWT menyediakan tempat di syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak.

Wallahu 'A'lam.


Khamis, 1 November 2012

Adab dan Sunnah Dalam Bermusafir

video

Bemusafir mempunyai banyak kelebihan. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung. Terdapat adab-adab dan sunnah yang perlu diikuti apabila hendak bermusafir. Antaranya ialah:


1. Tujuan perjalanan adalah baik dan betul.
2. Menunaikan solat sunat 2 rakaat di rumah sebelum keluar rumah.
3. Sunnah bermusafir pada hari Khamis.
4. Bermusafir di malam hari kerana ia memendekkan perjalanan.
5. Membawa bersama beg kecil berisi keperluan asas untuk diri.
6. Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga dengan memohon penjagaan daripada Allah SWT.
7. Meminta didoakan bagi orang yang musafir.
8. Apabila keluar dari rumah, sunat membaca basmalah iaitu "Dengan nama Allah, aku beriman dan bertawakkal kepada Allah dan tiada yang berkuasa melainkan Allah."
9. Apabila mula menaiki kenderaan untuk bermusafir berdoalah dengan doa musafir.
10. Bermusafir jika mudah baginya memilih teman perjalanan yang pekerti.
11. Bagi yang bermusafir secara berkumpulan, sunnah agar seorang daripada mereka menjadi ketua sebagai pemimpin dan menyusun program perjalanan mereka.
12. Sunnah bertakbir Allahu Akbar ketika berada pada paras ketinggian dan bertasbih SubhanAllah ketika turun ke paras rendah.
13. Sunnah mendengar nyanyian.
14. Apabila memasuki sesuatu pekan atau kampung, disunatkan berdoa kepada Allah SWT agar Allah permudahkan perjalanan.
15. Sunnah membawa balik hadiah ketika balik daripada bermusafir.

Wallahu 'A'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...