Nuffnang advertisement

Isnin, 22 Ogos 2011

Simpanan dan Pelaburan Emas 2011


Pada masa ini, para penyimpan dan pelabur emas tersenyum lebar kerana harga emas dunia sekarang meningkat ke paras tertinggi iaitu pada USD1,850.50/auns (oz) atau RM5,551.50/auns(oz) atau RM195.82/gram setakat pukul 5 petang 19 Ogos 2011 dan akan terus meningkat selepas ini.

Kepada para penyimpan dan pelabur emas yang telah menyimpan dan melabur sejak 5 hingga 10 tahun lepas semestinya gembira dengan keuntungan yang berlipat ganda mereka perolehi hasil daripada menyimpan dan melabur emas ini.

Syabas diucapkan kepada para penyimpan dan pelabur emas kerana anda membuat pilihan yang bijak untuk menyimpan dan melabur emas demi masa depan anda. Kepada anda yang belum lagi menyimpan dan melabur emas, masih belum terlambat untuk anda untuk merebut peluang ini dengan membeli emas sekarang untuk simpanan dan pelaburan demi masa depan anda dan keluarga anda.

Berikut ini adalah laporan khas berkenaan dengan simpanan dan pelaburan emas daripada Berita TV9 untuk tatapan anda.

video

Wassalam.

Jumaat, 19 Ogos 2011

EMAS - RAHSIA KEKUATAN EKONOMI ISLAM

video
Bahagian 1


video
Bahagian 2

video
Bahagian Akhir


Hadith Nabi Muhammad S.A.W: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda : Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).

Berikut adalah serba sedikit berkenaan latar belakang Syeikhul Maqari Hj Othman Hamzah.

Beliau dilahirkan pada 30 Disember 1965 di Hulu Yam Bharu, Selangor Darul Ehsan.

Pendidikan beliau:
1972-1979 S.R.K. Kampung Kuantan dan S.R.A Hulu Rening.
1979-1982 Sekolah Menengah Agama Rendah Batang Kali.
1983-1984 Sekolah Agama Menengah Tinggi (S.A.M.T) Hishamuddin Klang.
1985-1987 Institut Tahfiz Al-Quran, Pusat Islam Kuala Lumpur.
1987 Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
1991 Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Takhassus) bidang Al-Quran Wal Qiraat di Universiti Al-Azhar, Shubra, Mesir.
1994-1995 Diploma Pendidikan U.I.A .
1995 Diploma Kaunseling dan Undang-Undang Perbandingan.
1999 Mengikuti kursus imam mewakili Malaysia di Mesir.
2002 Mengikuti kursus Fatwa mewakili Selangor di Darul Ifta’, Mesir.
2004 Memperolehi Ijazah Sarjana Muda bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Damanhoor, Mesir.
2007 Melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Feqh dan Usul, di Universiti Mu’tah Jordan.

Jawatan-Jawatan Yang Pernah Disandang.
1991 Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
1991-1993 Imam Rawatib di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor).
1994-1998 Guru Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER) merangkap Imam Masjid Daerah Gombak.
1998 Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Selangor (Banat) di Bukit Naga Klang merangkap Imam Masjid Sultan Sulaiman, Klang dan Imam Masjid Negeri Selangor.
1999- 2007 Memegang jawatan Imam Besar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor).

Penglibatan dalam Kerja-Kerja Sosial.
Panel Lujnah Penyemakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ahli Jawatankuasa Penapisan bahan bercetak berunsur Islam (tafsir), JAKIM.
Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor.
Hakim Tilawah dan Tahfiz Al-Quran peringkat Negeri Selangor.

Anugerah
Dianugerahkan gelaran Syeikhul Maqari’ pada tahun 1992.
Pengamal perubatan Islam, klinik Syifa’ di Masjid Negeri sehingga 2007.
Dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) pada tahun 2004.

Lain-Lain
Penulis Khutbah Negeri Selangor. Beliau sering membentangkan kertas kerja di seminar-seminar di pelbagai Jabatan Kerajaan, Universiti dan Masjid.
Ahli Panel dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (RTM), dan rancangan Al-Kuliyyah TV3.
Suara beliau berkumandang di Radio Selangor FM dalam rancangan Suara Mimbar dan Radio Intitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Menyampaikan ceramah di sekitar Negeri Selangor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Turut diundang menyampaikan ceramah motivasi.


Wassalam.

Isnin, 15 Ogos 2011

Lailatul Qadar : Malam Seribu Bulan


Bilakah waktunya?

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.”

Waktu Lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira Lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (Mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini).

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :

[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramadhan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadhan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?

Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca al-Quran.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Baginda menjawab,

“Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni.

Maksudnya;

“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku.”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Apa berlaku pada malam itu?

Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).

Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)

Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan silatur-rahim.

Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:
  • Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
  • Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
  • Satu bendera diletakkan di Baitullah
  • Satu bendera diletakkan di Bukit Thur

Tanda Malam Lailatul Qadar

Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.


Wallahu'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...