Nuffnang advertisement

Khamis, 26 Ogos 2010

Lindungi Diri Daripada Risiko Kewangan

Adakah anda mempunyai sebarang polisi insurans atau takaful? Besar kemungkinan semua yang memiliki kenderaan pasti membeli insurans kenderaan, itu pun sebab terpaksa. Kalau tidak, cukai jalan pula tidak boleh diperbaharui.

Soalan ini ditujukan untuk polisi insurans lain yang tidak berkaitan dengan kenderaan. Jika ramai yang menggeleng-gelengkan kepala, memang benarlah ada terdapat kajian yang menunjukkan jumlah masyarakat Melayu yang mengambil insurans sangat sedikit. Kenapa ya?

Sama memerlukan

Dari aspek perancangan kewangan, keperluan untuk melindungi diri daripada risiko kerugian kewangan adalah penting. Mudahnya begini.....apabila anda mendapat gaji bulanan, adakah anda fikir pekerjaan anda akan tetap sampai bila-bila? Bagaimana dengan kesihatan anda? Bagaimana dengan kebarangkalian terjadi kemalangan? Persoalan demi persoalan inilah yang mengarah tuju kita kepada keperluan perlindungan insurans.

Ada pelbagai jenis perlindungan yang perlu untuk diri anda sebagai individu atau keluarga yang anda miliki. Ia termasuklah :-

1. Perlindungan Nyawa

Kematian ialah sesuatu yang pasti terjadi, tetapi persoalannya ialah 'bila' dan adakah seseorang itu boleh berdikari apabila ia terjadi? Inilah konsep insurans nyawa dan ramai ejen insurans mungkin memberi cadangan supaya jumlah sebanyak 5 kali atau 10 kali pendapatan tahunan diambil. Jadi jika pendapatan tahunan anda RM24,000 x 10 = RM240,000. Ia sebenarnya bukanlah semudah segala perkiraan, apa keperluan kewangan yang masih belum diagihkan harus diperincikan.

Ada dua bentuk perlindungan insurans hayat :-
a) Berbentuk perlindungan sahaja
b) Yang mempunyai skim tabungan

2. Perubatan

Bagi anda yang sedang bekerja dengan syarikat yang membayar keperluan perubatan seisi keluarga, mungkin anda memikirkan ini tidak diperlukan. Tetapi, fikirkan keperluan perubatan ibu bapa anda. Sebagai anak, tanggungjawab untuk berbuat baik kepada ibu bapa amat penting untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Carilah insurans yang ada di pasaran yang akan membayar kos perubatan. Tanyakan kos dan cara-cara syarikat insurans / takaful membayar kos perubatan. Berhati-hati sebab ada syarikat yang hanya membayar balik kos perubatan yang dikenakan oleh hospital-hospital panel sahaja. Ada juga yang hanya membayar 70% atau 80% kos perubatan. Inilah ciri-ciri polisi yang anda harus perhalusi dan juga tempoh mereka mambayar anda kos perubatan anda kelak.

3. Insurans Pekerja / Keilatan Kekal

Bagi yang bekerja, besar kemungkinan juga syarikat anda ada menyediakan perlindungan ini. Tanyalah pada pihak sumber manusia, manalah tahu jangan-jangan tidak ada pula.

Jika terjadi sebarang kemalangan yang melibatkan kecacatan yang kekal dan membuat anda tidak berupaya untuk bekerja, pampasan yang diberi oleh syarikat insurans ini akan memberi anda satu bentuk kemasukan walaupun tidak 100% daripada gaji yang anda terima sekarang.

4. Tabung Pelajaran

Perlindungan ini lebih berbentuk simpanan jangka masa panjang iaitu tempoh matang antara lima hingga 40 tahun. Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil carilah pakej perlindungan yang sesuai yang memenuhi keperluan serta bajet keluarga. Anak-anak akan bermotivasi jika ibu bapa telah pun bersedia dengan perancangan keperluan pembelajaran mereka sewaktu di menara gading kelak.

5. Perumahan

Perlindungan gadai janji khas (MRTA) untuk mereka yang ambil pinjaman perumahan adalah yang paling popular. Apabila terjadi kematian, hutang rumah akan dilangsaikan oleh syarikat insurans / takaful. Ada lagi perlindungan yang lain seperti kebakaran serta kelengkapan rumah, sekiranya terjadi kecurian atau pecah rumah. Eloklah dihitung-hitung jika kedua-dua ini diperlukan juga. Kebiasaannya jika rumah masih dibiayai, insurans kebakaran mesti dilanggani.


Wallahu'alam.

Jangan Terlalu Sibuk Dengan Urusan Dunia !!


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.




Khamis, 19 Ogos 2010

Surah Adh-Dhariyat recited by Hasan bin Abdullah, a child!

SIMPANAN & PELABURAN

Oleh Yuzairi Yunus

Dalam membuat simpanan dan pelaburan (30% daripada pendapatan), kita hendaklah menyimpan mengikut keperluan hidup kita. Bila sebut pasal keperluan hidup ini, manusia mempunyai 4 peringkat keperluan hidup, iaitu :-

1) Keperluan Asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan/perubatan, pengangkutan dan sebagainya

2) Keperluan Jangka Sederhana seperti pendidikan universiti dan keperluan luar jangka

3) Keperluan Jangka Panjang seperti tabung persaraan

4) Kehendak / Keinginan seperti melancong, rumah yang lebih besar, kereta yang lebih besar, pakaian yang lebih trendy, makanan yang lebih sedap dan sebagainya.


First 1/3 dari bajet simpanan (10%), perlu diperuntukkan untuk melindungi KEPERLUAN ASAS anda. Kalau anda letak 10% dari gaji anda di bank atau ASB misalnya, adakah ia berupaya untuk melindungi keperluan asas keluarga anda, sekiranya semalam anda sudah meninggal dunia?

Sebagai contoh, gaji anda RM2,500 sebulan. Anda simpan RM250 sebulan untuk menjaga keperluan asas keluarga anda seperti belanja makan minum, tempat tinggal, pakaian, kesihatan / perubatan, pengangkutan dan sebagainya. Adakah ia mencukupi? Bagaimana kalau tak sampai 6 bulan, anda sudah meninggal dunia? Cukupkah simpanan RM250 x 6 bulan = RM 1,500 untuk melindungi keperluan asas keluarga anda?

Jawapannya, tentulah TIDAK! RM1,500 cukup untuk buat belanja pengkebumian anda sahaja. Sebabnya, kerana anda meletakkan 10% dari gaji anda tadi, ke dalam PRODUK KEWANGAN YANG SALAH! Meletak 10% dari gaji bulanan anda ke dalam bank atau ASB, TIDAK AKAN DAPAT MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA.

10% tadi, sepatutnya diletakkan ke dalam insurans / takaful. Hanya produk kewangan ini sajalah, yang dapat MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA.


Sebagai contoh, sekiranya anda berumur 25 tahun (tak kira lelaki atau wanita), dengan meletak RM150 sebulan ke dalam insurans/takaful, anda boleh mendapat jaminan tanggungan kerugian seperti berikut :-


RM2,000 untuk khairat kecemasan (within 24 jam) untuk belanja kebumi


RM5,000 untuk khairat tambahan seperti upah haji, zakat dan sedekah.


RM300,000 harta pusaka untuk keluarga jika meninggal dunia apa jua punca


RM300,000 gantian-gaji jika lumpuh keseluruhan (lumpuh 2 anggota utama atau lebih)


RM60,000 gantian-gaji jika menghidap salah 1 dari 36 penyakit kritikal


Jadi, kalau anda perhatikan di sini, dengan pampasan insurans RM300,000 yang diberikan kepada anda jika anda lumpuh keseluruhan misalnya, wang tersebut jika dilaburkan semula ke dalam pelaburan yang mampu memberi pulangan 10%, anda akan menerima dividen RM30,000 setiap tahun.

Dalam erti kata lain, dividen RM30,000 ini berupaya untuk mengganti-semula pendapatan RM2,500 sebulan / RM30,000 setahun yang anda miliki sebelum ini. Anda patut sedar, kalau semalam anda menjadi lumpuh keseluruhan dan tidak berupaya untuk bekerja lagi, MAJIKAN ANDA hanya akan bayar gaji maksima sampai 6 bulan sahaja (ikut peraturan Akta Buruh). Lepas tu, bye-bye-lah jawabnya. Macam mana nak survive lepas tu? Anak isteri nak makan apa?

Untuk kakitangan awam yang ada pencen, mungkin akan terima 1/2 gaji dari gaji terakhir mereka. Kalau selama ni, dapat gaji penuh 100% pun, anda rasa macam tak cukup, bagaimana nak survive, bila income tinggal 1/2 sahaja kali ini? Ini belum cakap pasal kenaikan harga barang (inflasi) setiap tahun lagi ni.

Jadi, perkara sebegini-lah yang anda PATUT BERI PERHATIAN JIKA ANDA BENAR-BENAR MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN & KEBAJIKAN KELUARGA ANDA. Jangan cakap saja lebih, kononnya anda memang utamakan kebajikan dan masa depan keluarga anda, tapi bila ditanya samada anda mempunyai perlindungan insurans / takaful yang SECUKUPNYA, anda berdalih atau geleng kepala?

Baki RM100 sebulan lagi (Bajet RM250 – RM150 = RM100), anda bajetkan untuk insurans perubatan bagi melindungi kebajikan anda, isteri dan anak-anak. Sekurang-kurangnya anda ada back-up tambahan untuk menampung kos perubatan yang mahal, bila berlaku kecemasan.

Bagi kakitangan awam, saya faham anda mungkin cakap, anda sudah ada kemudahan Wad Kelas 1 di hospital kerajaan, tapi izinkan saya tanya anda balik, ADAKAH ANDA MEMPUNYAI 1st PRIORITY bila berlaku kecemasan?

Maksud saya, bila sakit, adakah anda dapat admit ke wad terus, atau terpaksa menunggu 3-4 jam seperti orang lain dan hanya akan diwadkan jika penyakit anda serius dan kritikal sahaja, sama macam orang lain?

Bila anda sakit kritikal seperti kanser, adakah anda akan menerima rawatan segera (pembedahan dan kimoterapi) atau terpaksa tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat first appointment dan follow-up appointment yang entah tak tahu berapa bulan lagi baru dapat jumpa?

Kalau dah sakit kritikal macam kanser ni, anda takde banyak masa nak tangguh-tangguh rawatan ya. Kanser boleh tumbuh dan merebak 50% dalam masa 1 minggu saja! Boleh tunggu sampai 2-3 bulan?

Sebab itulah anda perlukan insurans perubatan, supaya jika berlaku kelewatan di hospital kerajaan, anda ada PILIHAN LAIN untuk dapatkan rawatan segera di hospital pakar swasta.


——————————


10% lagi (dari gaji bulanan anda) boleh disimpan untuk KEPERLUAN JANGKA SEDERHANA. Seperti keperluan pendidikan anak atau keperluan semasa ketika tengah sesak atau keperluan luar jangka.

Ye-lah, mana tahu nanti kereta rosak ke, accident ke, kena saman ke, adalah duit nak bayar kalau ada simpanan untuk keperluan semasa.

Bajet ini, anda boleh simpan di bank, ASB atau Tabung Haji saja. Mudah untuk keluarkan semula jika diperlukan di masa hadapan.

———————————


10% lagi (dari gaji bulanan anda) boleh disimpan untuk KEPERLUAN JANGKA PANJANG anda seperti pendidikan universiti anak dan tabung persaraan anda.

Kalau anda mempunyai anak yang ramai (lebih dari 2 orang), anda perlu simpan 15% dari gaji anda untuk keperluan masa depan. Sebab kos universiti semakin mahal dari tahun ke tahun (inflasi 5% setahun).

Pelaburan untuk masa depan, boleh menggunakan produk kewangan seperti ASB, unit trust, investment-linked atau bursa saham, mengikut tahap toleransi anda terhadap risiko kerugian modal.


————————————


Sudah tentu, bukan semua orang mempunyai perancangan kewangan yang memenuhi kriteria 1/3 di setiap bahagian. Tetapi, cubalah ubahsuai dan perbaiki kewangan anda mengikut pecahan ideal ini.

Kalau anda dapat tingkatkan pecahan 1/3 kepada 1/2 untuk simpanan & pelaburan, adalah lebih baik.

Kalau anda dapat kurangkan pecahan 1/3 ke atas keperluan semasa & bayaran pinjaman, kepada 1/4 atau 1/5, lagi-lah bagus.

Maknanya, semakin bertambah pendapatan bulanan anda, semakin banyak simpanan anda dapat lakukan, dan semakin kurang pecahan untuk perbelanjaan semasa dan bayaran hutang.

Mempunyai perancangan kewangan yang ideal adalah sangat penting untuk masa depan anda kerana ia akan menentukan bagaimana anda akan hidup selepas bersara nanti (tempoh di mana anda tidak lagi bekerja, tetapi hanya berbelanja setiap hari). Anda perlu ingat, bila bersara, anda mungkin akan hidup 20-30 tahun lagi, TANPA BEKERJA! Bolehkah anda survive?

Atau tak sampai 2-3 tahun, wang KWSP dah habis kesemuanya?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berbincang dengan saya mengenai perancangan kewangan anda. Saya sedia membantu, tetapi harapan saya, janganlah sekadar bertanya saja tapi tak buat apa apa. Anda kena ambil tindakan yang betul, berdasarkan perancangan masa depan anda. Jadi cubalah lakukan yang terbaik, demi masa depan anda sendiri.


Wallahu'alam.

Surah An Naziat (79) - Hasan Bin Abdullah Al Awadh

Selasa, 17 Ogos 2010

Tentang Gaji dan Perbelanjaan Anda

Oleh Yuzairi Yunus

Tentang Menyimpan Untuk Masa Depan

Tak dinafikan, untuk memenuhi keperluan masa depan seperti persaraan atau pendidikan universiti anak, kita perlu membuat simpanan mulai sekarang, dan bukannya bertangguh sampai dah nak pakai duit baru buat simpanan.

Bab menyimpan ini ada diterangkan dalam Al-Quran Surah Yusuf ayat 46 hingga 48 yang bermaksud - "(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya". (46) Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (47) Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (48)"

Dalam erti kata lain, ketika berduit, ada sumber pendapatan seperti sekaranglah, anda perlu menyimpan sebahagian rezeki tersebut untuk kegunaan ketika terdesak di masa akan datang.

Maknanya, kalau anda bekerja dari umur 25 tahun hingga 55 tahun (30 tahun), anda perlu simpan sebahagian pendapatan anda untuk kehidupan lepas bersara 30 tahun akan datang (hingga umur 85 tahun). Cuba anda bayangkan sendiri, kalau sekarang takde gaji 1 bulan pun dah mengeluh, apatah lagi nak hidup 30 tahun lepas bersara tanpa gaji? Bolehkah anda survive?

Kalau gaji anda RM 2,500 sebulan, RM30,000 setahun. Bekerja 30 tahun, akan membawa pendapatan RM1 juta termasuk kenaikan gaji, bonus dan over-time. Dari pendapatan RM1 juta sepanjang 30 tahun bekerja, berapa banyak yang anda bawa sebagai bekalan hari tua anda (untuk hidup lepas bersara selama 30 tahun lagi)? Pernahkah anda terfikir tentang kehidupan masa depan anda?


Tentang Tak Boleh Menyimpan

Setiap orang yang ada sumber pendapatan sebenarnya mampu untuk menyimpan. Yang buat mereka tak mampu menyimpan walaupun bergaji, adalah disebabkan sikap dan cara pengurusan kewangan mereka sendiri.

Selama ni, mereka dok fikir, belanja dulu dan lihat berapa baki untuk disimpan. Kalau ada lebih, boleh la simpan. Kalau takde, tak menyimpan. Kalau tak cukup, cari loan atau kad kredit pulak, tambah hutang! Janji belanja bulanan tetap ditunaikan walaupun over bajet.

Mulai hari ni, cuba UBAH SIKAP anda. Setiap kali dapat gaji, simpan dulu sebahagian gaji sebagai simpanan masa depan anda. Yang selebihnya baru belanja. Kalau duit nak belanja tak cukup, cuba adjust perbelanjaan anda. Kurangkan mana perbelanjaan yang tak penting!

Kalau tak cukup jugak duit untuk berbelanja (selepas dah simpan bulanan), cuba cari income tambahan. Jangan fikir short-cut, bila duit tak cukup nak belanja, balik-balik cari personal loan atau kad kredit. Sekarang ni, tambah pulak berhutang dengan overdraf lagik. Bukannya nak usaha lebih sikit cari wang tambahan. Nak cari peluang pulak, yang mudah, yang boleh beri pulangan berlipat ganda tanpa buat apa-apa, tanpa menjual, tanpa cari orang, tanpa angkat bontot ke sana ke sini. Kalau macam ni lah sikap anda, macam mana nak ada kemajuan dalam kehidupan anda sendiri?


Tentang Cari Duit Lebih

Banyak peluang yang tersedia di luar sana tu. Bezanya, samada peluang tersebut legal dan sah di sisi undang-undang atau sebaliknya. Yang penting, kalau anda nak cari duit lebih, kenalah usaha bersungguh-sungguh. Jangan usaha sambil lewa saja dan tak serius. Kena jujur dan berlaku adil pada diri sendiri.

Kalau dah jumpa peluang yang sesuai dengan naluri hati dan mampu dilakukan (walaupun pada awalnya nampak macam susah sikit), fokus betul betul dan buat yang terbaik. Jangan dok fikir lama-lama atau dok buat “kajian” tak habis-habis 4-5 tahun.

5 tahun dulu, saya ada ajak kawan join buat bisnes macam saya, jual insurans. Memang selama ni pun, dia dok tanya apa peluang bisnes bagus masa tu untuk dia buat duit? Dengar saja insurans, kawan saya pun dok mengeluh dan beri macam-macam alasan. Dia kata insurans ni bisnes dah basi dah! Kalau boleh, dia nak idea bisnes yang canggih-canggih.

Tentulah, idea bisnes nak jual insurans ni langsung tak melekat kat dia. Dia sangka nak bisnes, kena ada idea canggih, ada modal besar, baru best! Jenuh dia kaji macam macam peluang. Dari MLM, pelaburan internet dan sebagainya. Tak jugak buat apa-apa bisnes sampai la ni. Habis masa 5 tahun dok “buat kajian je” kononnya nak fikir dulu!

Last-last dia cakap kat saya, 4 tahun dulu, dia buat keputusan ambil ASB loan saja. Kononnya boleh untung besar, guna modal bank buat duit. Dulu BLR 6% + 0.3% setahun, interest ASB loan dia 6.3% setahun. Sekarang BLR dah naik kepada 6.75%, interest ASB loan dia jadi 6.75% + 0.3% = 7.05% setahun. Dah hampir sama dengan dividen ASB je.

Dia cakap, tahun pertama je dia bayar penuh. Tahun kedua sampai tahun ke 20, dia bayar sikit je sebab guna dividen ASB untuk bayar loan. Lepas 20 tahun nanti, dapatlah RM100,000 tu. Kaya lah aku nanti, katanya.

Saya cakap kat dia, kalau dia buat insurans macam saya 5 tahun lepas, dia dah boleh buat duit lebih banyak dari tu. Saya beritahu dia, hasil komisyen saya jual insurans saja sepanjang 5 tahun lepas, hampir mencecah RM350,000 dah. Tak payah tunggu sampai 20 tahun pun, dah buat duit berlipat-ganda dari ASB loan dia. Idea bisnes paling basi ni lah yang bantu saya buat duit selama ni. Hahhhh?? Terkejut besar dia.

Yang penting, bila kita ada peluang, buatlah bisnes tu sungguh-sungguh. Fokus dan usaha tanpa putus asa. Itulah rahsia saya selama ni. Maklumlah jual insurans ni, banyak betul rintangan dan kerenah manusia yang saya terpaksa lalui. Jual pulak insurans konvensional pulak tu. Lagi lah banyak rejection dan arguments. Tapi saya dah buktikan, saya boleh buat bisnes ni sebaik mungkin kalau saya benar-benar serius ingin melakukannya.


Tentang Menyimpan Melalui ASB Loan

Setengah orang, bila nak disuruh menyimpan, macam macam alasan dia berikan. Susah nak berdisiplin. Kalau menyimpan dengan cara berhutang seperti ASB loan ni, lebih baik sebab kita macam terpaksa bayar loan tiap-tiap bulan.

Sebenarnya ini hanyalah isu sikap peribadi anda saja. Cuba amalkan menyimpan dulu sebelum berbelanja. Insya-Allah simpanan akan terhasil. Kalau kurang berdisiplin, buat potongan gaji atau autodebit. Masuk ASB atau unit trust / investment-linked funds agar dapat pulangan yang setimpal. Itulah yang saya buat sekarang, setiap bulan income saya dah potong awal-awal untuk simpanan dan insurans keluarga. Jadi bila dapat duit, duit tu bersih untuk buat apa saja.

Cuma samada simpan melalui ASB loan itu menguntungkan, itu terpulang kepada diri masing-masing, bagaimana anda melihatnya. Pada saya, secara peribadi, simpan melalui ASB loan tak menguntungkan sebab dividen kita habis dihakis oleh interest bank. Bila BLR naik, silap-silap dividen ASB pun tak dapat nak cover interest bank.

Memanglah staff bank iklan best-best, ambil ASB loan RM100,000 untuk 20 tahun, dapat dividen penuh 8% setahun bulat-bulat! Tapi ramai orang terlupa, dividen tu awal Januari tahun depan baru dapat. Sekarang ni, anda dok bayar interest kat bank dari Januari hingga Disember.

Ingatkan boleh “buat duit” tanpa guna modal sendiri, guna duit bank. Rupa-rupanya bank yang buat duit, guna nama kita untuk invest dalam ASB (the safest investment of all). Sebab bank pinjamkan RM100,000, dia akan dapat balik RM100,000 (sebab anda kena ganti balik). Tambahan dari itu, dapat interest dalam RM78,000 lagi (jika interest 6.5% setahun), dikorek dari dividen ASB kita. Kita untung sikit. Recommend kawan pun, bukan dapat apa-apa dari bank. Kita je yang cerita punya-lah gah, kononnya akan jadi kaya 20 tahun lagik!


Tentang Gaji Anda

Bila cakap pasal gaji dan apa yang kita buat dengan gaji kita setiap bulan, memang seronok. Lebih-lebih lagi bila dapat simpan sebahagian besar (lebih 50%) dari gaji kita. Fuhhh rasa macam dunia ni aku yang punya!!

Semua orang tahu gaji ni sangat sangat penting dalam kehidupan mereka. Tapi bila saya tanya setengah orang (dah memang kerja saya sebagai penasihat khidmat kewangan) samada mereka :-


1 – Boleh hidup kalau majikan tak bayar gaji 6 bulan?

2 – Boleh hidup kalau majikan tak bayar gaji selama-lamanya?


Mereka semua mengeluh. Kalau bulan ni majikan tak bayar gaji pun, dah menggelupur, apatah lagi 6 bulan tak bayar gaji? kata mereka.

Habis, apa yang anda semua dah buat untuk melindungi income anda itu? Tanya saya lagi.

Tahukah anda, ada 4 perkara yang boleh menyebabkan anda kehilangan gaji bulanan anda, iaitu :-


1 – Lumpuh keseluruhan akibat penyakit

2 – Sakit kritikal yang berpanjangan

3 – Kemalangan yang teruk

4 – Meninggal dunia awal sebelum bersara


Empat perkara ini kalau tak ditangani dengan betul, boleh menyebabkan bencana kewangan kepada sesebuah keluarga. Nak kerja, tapi dah tak berupaya langsung sebab 4 perkara di atas. Majikan pun tak nak simpan lama-lama, silap-silap anda diberhentikan terus dan tak boleh cari kerja lagi.

Kebanyakan orang terdiam bila masuk bab ini. Ada simpanan pun, mungkin boleh bertahan sampai 3 bulan saja kot. Yang ada ambil insurans, sekadar beli tanpa usul periksa. Takde buat perancangan langsung bila beli insurans. Yang dia fikir, berapa yang dia perlu bayar untuk insurans. Lagi murah lagi bagus. Murah itu adalah yang terbaik, sangkaannya. Janji aku ada insurans dah!! Itu saja dia fikir.

Sepatutnya, bila beli insurans tu, anda kena pastikan samada anda sudah menutup punca bencana kewangan seperti 4 perkara di atas. Bukan beli sekadar ada saja. Kalau gaji RM 50,000 sebulan, ambil insurans coverage RM50,000, adakah ia dapat menyelesaikan masalah kehilangan gaji anda? Insurans anda hanya boleh cover 1 tahun perbelanjaan saja.

Cubalah beli insurans RM500,000 ke, sekurang kurangnya kalau kita lumpuh sekalipun, duit tersebut boleh dilaburkan untuk menjana dividen setiap tahun. Kalau pulangan dividen 10%, anda dapat hidup dengan dividen RM50,000 saja, tanpa usik pelaburan pokok tadi. Kan dapat ganti-semula gaji yang hilang?

Beli insurans jenis perlindungan kewangan, berbanding pelan jenis simpanan. Pelan perlindungan ni, bayar murah, dapat perlindungan kewangan tinggi. Contoh bayar RM 250 sebulan, umur 35 tahun, boleh dapat coverage mati / lumpuh RM 500,000 dah, diikuti dengan RM50,000 penyakit kritikal (cover 1 tahun gaji), khairat kematian RM7,000 (untuk belanja kebumi dan upah haji) serta caruman menjadi percuma kalau menghidap sakit kritikal. RM250 sebulan ni, baru 6% saja dari gaji RM50,000 setahun.

Mencarum 6% dari gaji tahunan ke dalam insurans perlindungan gaji tidak akan membuat anda jatuh miskin pun. Sebaliknya TAK MENCARUM 6% ini boleh menyebabkan anda KEHILANGAN 100% GAJI ANDA bila berlaku 4 perkara di atas. Jadi, anda nak hilang 6% atau 100% gaji anda?


Tentang Mana Lebih Penting – Insurans Sendiri atau Pendidikan Anak?
 
Bila sebut pasal perancangan insurans, ramai orang lebih mengutamakan pelan pendidikan anak berbanding pelan insurans untuk diri sendiri (untuk pencari nafkah). Kononnya kerana sangat sayangkan anak!

Tapi kalau anda fikir betul-betul, insurans pendidikan hanya akan menyediakan tabung pendidikan selepas tempoh matang (contoh selepas 20 tahun). Bila matang, anak anda ada duit tabungan untuk sambung belajar.

Sepanjang 20 tahun, menanti nak masuk universiti, anak anda nak makan apa kalau anda sudah tiada dan gaji anda turut hilang sama? Takkan nak campak anak anda tu ke rumah anak yatim? Rumah anak yatim pun terkial-kial (maaf kalau tersinggung) nak cari duit derma untuk tampung keperluan harian anak-anak yatim. Silap-silap anak anda itu, disuruh pungut derma depan bank-bank tiap-tiap bulan.

Semuanya kerana anda “terlupa” nak beli insurans untuk diri sendiri.

Sepatutnya, sebelum beli insurans pendidikan anak, BELILAH INSURANS UNTUK PERLINDUNGAN GAJI ANDA TERLEBIH DAHULU.

Sekurang-kurangnya, kalau apa-apa berlaku kat diri anda (sakit kritikal ke, lumpuh keseluruhan ke, meninggal awal ke), anak-anak anda ada duit sara hidup. Beli lah coverage tinggi sikit macam RM500,000 ke. Barulah dapat tampung keperluan masa depan anak dan tabung pendidikan mereka sekali-gus.

Itulah perancangan insurans yang betul. Bukan main beli saja insurans.


Tentang Kos Pendidikan Sekarang dan Masa Depan

Oleh kerana setiap individu itu adalah berlainan, saya percaya keperluan dan keadaan kewangan masing-masing juga berbeza. Kita tak boleh nak samakan seorang yang hidup di bandar dan seorang di kampung, walaupun income mereka sama RM2,000 sebulan. Dan kita juga tak boleh nak assume, hanya kerana seseorang itu tight budget atau tak cukup gaji bulanan, dia adalah seorang yang boros dan suka berbelanja lebih dari kemampuannya.

Sebagai contoh, puan A simpan RM100 sebulan untuk pendidikan universiti anaknya. Dia simpan sejak tahun 1990 lagi. Selepas 20 tahun (2010) anaknya masuk universiti, duit tabungan anak ada lebih kurang RM28,000. Cukup untuk masuk IPT awam, tanpa guna loan PTPTN.

Puan B yang rasa teruja dengan pengalaman puan A, pun mengikut cara yang sama. Maklumlah Puan A lebih senior dari dia. Dia ibu muda, baru ada anak bulan Januari 2010 lepas. Dia pun mula simpan RM100 sebulan untuk anaknya.

Tapi adakah RM100 sebulan itu cukup untuk pendidikan universiti anaknya?

Kalau simpan dari tahun 1990 dulu, ya ianya cukup sebab kos IPT awam sekarang (tahun 2010) lebih kurang RM28,000 untuk 4 tahun kursus (termasuk kos sara hidup & yuran pengajian).

Tapi untuk kos IPT awam 20 tahun akan datang (2030), kos IPT awam RM28,000 ini akan naik menjadi lebih RM 56,000 kerana inflasi. Menyimpan RM100 sebulan hanya boleh menjana tabung RM28,000. Terpaksa pinjam loan PTPTN pulak lagi separuh. Sepatutnya, Puan B kenalah menyimpan RM200 sebulan kalau nak sediakan tabung RM56,000, dan bukannya RM100 sebulan, tiru bulat-bulat.

Bila menyimpan, PASTIKAN ANDA MENYIMPAN DALAM KADAR CARUMAN YANG BETUL agar matlamat dapat dicapai.


Tentang Duit Untuk Ibubapa

Memang duit untuk ibubapa adalah sangat penting, sebagai tanda penghargaan anak kepada ibubapa mereka, disamping membantu mereka menampung kos kehidupan yang semakin mahal dari tahun ke tahun.

Tak kira samada ibubapa kita sudah berduit atau tidak, memberi duit sara hidup akan membuat ibubapa kita gembira dan bersyukur dengan sikap anak yang sentiasa ingatkan mereka.

Cuma cadangan saya, jangan sekadar nampak duit sarahidup bulanan ini sahaja. Kalau boleh, belikan ibubapa anda “medical kad” (insurans perubatan) sekirannya keadaan kesihatan mereka masih mengizinkan, agar kebajikan mereka di hari tua, lebih terjaga.

Maklum sajalah, kos rawatan di hospital semakin mahal. Nak masuk hospital kerajaan, hanya kes yang kritikal sahaja akan diterima masuk (sebab terlalu ramai orang nak masuk). Nak tak nak, kena masuk hospital swasta jugak agar ibubapa mendapat perhatian dan rawatan yang sewajarnya.

Bila ibubapa kita sakit, sebagai anak, kita jugak yang kena membantu. Dibuatnya kena bayar RM20,000-RM30, 000, mahu terkejut jugak dibuatnya. Dengan adanya medical kad, sekurang kurangnya, syarikat insurans boleh tolong bayarkan bil hospital tersebut.


Tentang Ilmu Kewangan dan Peluang Bisnes

Cuba luangkan masa anda untuk pelajari ilmu pengurusan kewangan yang betul agar anda dapat merancang masa depan yang lebih baik dari sekarang. Dari ilmu yang anda perolehi itu, cuba janakan pendapatan dari ilmu tersebut. Peluang sentiasa ada di mana-mana.

Sekian, diharap nasihat dan idea saya ini dapat membantu anda semua.

Wassalam.

Isnin, 16 Ogos 2010

Pentingnya Merancang Kewangan

Oleh Yuzairi Yunus

“ Kesilapan besar yang dibuat oleh ramai individu adalah mereka merancang perbelanjaan bagi RM 10,000 tetapi hanya menerima gaji RM 5,000 setiap bulan”

Dengar saja perkataan perancangan kewangan, rami yang tidak berminat dan tidak mengambil perhatian kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam benak fikiran mereka sejak menerima gaji yang pertama. Ramai juga yang beranggapan, perancangan kewangan atau 'financial planning' ( FP ), adalah untuk mereka yang kaya raya dan mempunyai lebih duit setiap bulan dari gaji mereka. Tetapi, setiap individu, baik kaya atau miskin, wajib merancang kewangan mereka agar tidak terjurus dalam lembah hutang tak berbayar, kaya tapi belum dapat harta dan kais sebulan makan seminggu. Orang yang bergaji RM 2000, rancang wang mereka berdasarkan RM 2000, orang yang bergaji RM 7000, rancang wang mereka berdasarkan RM 7000.

Perancangan kewangan sebenarnya melibatkan masa depan. Kerana di masa depan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, yang baik atau buruk, yang perlukan wang keluar atau wang masuk dan macam–macam lagi. Perancangan kewangan juga boleh membuatkan anda berada di situasi sebenar, tidak berada di awangan, dan ini dapat membuatkan anda tidak bertindak secara melulu semasa membuat keputusan mengenai kewangan.

Dalam sebulan, berapa kali anda berbelanja dan mengeluarkan duit? Berapa kali anda membeli barang keperluan? Anda tahu berapa jumlah hutang anda? Anda tahu berapa ringgit sebulan anda belanjakan untuk minum teh tarik di kedai mamak? Dan yang paling penting, adakah anda tahu yang anda sudah berbelanja lebih dari kemampuan?

Adakah anda mempunyai wang bagi menampung kos pendidikan IPT anak–anak anda? Adakah anda mempunyai dana yang mencukupi bagi menampung kehidupan anda selepas bersara untuk tempoh 20 atau 30 tahun selepas bersara? Adakah anda tahu bahawa hutang anda akan habis sebelum anda bersara atau sebaliknya? Jika hutang masih berbaki selepas bersara, adakah anda mempunyai sumber untuk membayarnya selepas bersara? Nak bayar dengan wang KWSP atau Pencen?

Tiada siapa di dunia ini berminat merancang kewangan sehinggalah mereka terjerumus ke lembah perangkap hutang. Dan yang lebih buruk, manusia lebih berminat untuk merancang dan mengumpul koleksi hutang.


Keperluan Merancang Kewangan

Tanpa perancangan kewangan yang teratur dan padat, ramai orang sentiasa dibelenggu dengan masalah kewangan. Pernahkah anda melihat rakan atau saudara yang bergaji lebih besar dari anda, tetapi menanggung hutang sebesar gunung? Perancang kewangan pernah berkata, bukanlah gaji besar yang menjadi persoalan, tetapi berapa banyak dari gaji anda yang boleh anda simpan, menjadi penentu kehidupan anda masa depan. Ramai orang di luar sana, yang bergaji rendah dari anda, hanya berhutang rumah dan kereta sahaja, tidak memiliki kad kredit, tidak membuat hutang peribadi. Tapi mereka masih dapat hidup walaupun gaji mereka kecil dari anda. Kerana mereka merancang. Mereka berbelanja di dalam lingkungan kemampuan gaji mereka. Tidak lebih. Sedangkan anda berbelanja di luar kemampuan gaji anda. Tidak pernah kurang, sentiasa lebih. Sebab anda tidak merancang.


Tekanan Kadar Faedah

Bank–bank menjadi kaya dengan kadar faedah. Walaupun mereka melaungkan kadar faedah rendah, tetapi mereka kaya dengan kadar faedah rendah tersebut. Kesan kadar faedah membuatkan kos pembelian barangan berlipat kali ganda apabila tempoh pembayaran dipanjangkan. Harga asal barang yang dibeli, menjadi 2 atau 3 kali ganda selepas habis pembayaran dibuat.

Jika anda membeli komputer riba berharga RM 4 000 menggunakan kad kredit dan membayarnya secara ansuran, selama 5 tahun hutang masih berbaki RM 716.39 dan jumlah faedah yang anda telah bayar adalah RM 1 619.39. Inilah kesan kadar faedah. Jika tiada kadar faedah, hutang anda akan habis dalam tempoh setahun lebih, tetapi anda masih membayar sehingga tahun ke 5, itu pun belum habis. Komputer yang anda telah beli, mungkin dah rosak, out dated.

Rumah yang berharga RM 100 000, akan menjadi RM 250 000 lebih setelah habis bayar. Kereta berharga RM 50 000, akan jadi RM 75 000 selepas habis bayar.


Tekanan Inflasi

Secara ringkasnya begini, pada 10 tahun lepas anda masih boleh menikmati makanan tengah hari dengan hanya RM 3 di tangan, berlaukkan ayam goreng dan 2 jenis lauk lagi, berserta minuman. Tetapi pada hari ini, dengan RM 3, anda hanya boleh membeli ayam goreng, Tiada nasi, tiada lauk-lauk lain. Tiada air minuman. Jika anda masih hendakkan makanan yang lengkap itu, anda harus sediakan RM 7 ke atas. Jumlah duit masih sama, tetapi kuasa membeli menjadi semakin kurang.

RM 500 000 pada 10 tahun lepas, hanya mempunyai kuasa membeli RM 150 000 pada hari ini. Nilainya semakin jatuh, jatuh dan jatuh. Inilah kesan inflasi. Kesan inflasi juga membuatkan anda perlukan gaji RM 6 543, 25 tahun akan datang untuk menyamai gaya hidup anda dengan gaji RM 3 000 pada hari ini.


Perlindungan Pendapatan

Hanya Allah sahaja yang tidak memerlukan sebarang perlindungan. Tetapi manusia, tidak terlepas dari pelbagai musibah dan ujian. Tak kira setinggi mana anda ingin daki, ke bulan sekali pun, tetapi anda perlu sediakan tali dan payung terjun, supaya apabila anda jatuh nanti, anda tidak akan patah kaki.

Suami mesti wariskan gajinya kepada isteri, sekiranya si suami, pencari nafkah keluarga, tidak mampu lagi bekerja atau akibat meninggal dunia atau lumpuh kekal. Jika anda hilang pekerjaan sebab majikan gulung tikar, anda masih boleh pergi cari kerja lain. Jika anda diberhentikan kerja, anda masih mendapat pampasan sementara mencari kerja baru. Tetapi jika anda 'diberhentikan' terus dari dunia ini, di mana lagi gaji yang anda boleh berikan kepada isteri untuk menampung keperluan keluarga. Bagaimana dengan hutang piutang? Bagaimana dengan perancangan masa depan? Dana persaraan? Dan pendidikan? Ibu bapa?

Mendapatkan perlindungan pendapatan, bukanlah disebabkan anda yang akan ditimpa musibah, tetapi tanggungan anda yang masih ingin dan perlu teruskan hidup mereka tanpa anda disisi.


Pendidikan Anak-Anak

Dulu ibu bapa jual lembu, tanah, untuk membiaya pendidikan anak di Universiti. Tapi sekarang apa yang boleh dijual? Jual rumah, nak duduk di mana? Jual kereta, baki hutang lebih banyak dari value kereta.

Nak tak nak, kena buat pinjaman pendidikan. Pinjaman pendidikan bukan tak bagus, sebab tujuannya baik. Untuk belajar. 20 tahun lepas, bagi saya ia hutang yang baik (good debt), sebab lepas belajar U, jaminan pekerjaan sudah disediakan. Gajinya pun banyak. Tetapi pada hari ini, untuk dapatkan sekeping ijazah jurusan sejarah, anda kena pinjam RM 40 000, berbaloikah dengan gaji yang anda bakal dapat nanti? Adakah peluang pekerjaan di bidang itu banyak?

Bila berkata soal pendidikan, ia bukan hanya yuran universiti sahaja. Tetapi melibatkan kos sara hidup, pengangkutan, tempat tinggal, alat bantuan belajar dan macam-macam lagi keperluan student. Sebab itu kosnya bukan sedikit. Untuk 20 tahun akan datang, zaman anak-anak kita, kos pendidkan bakal mencecah RM 100 000 lebih. Berapa nak bayar sebulan? Berapa lama nak habis?

Yang paling teruk, ribuan lagi graduan masih terpinga-pinga mendapatkan pekerjaan, sedangkan surat suruh bayar hutang sudah mula dihantar ke rumah. Nak tak nak, kerja dulu di KFC, Mc Donald dan lain-lain.

Lebih baik, simpan sendiri dan bina sendiri dana pendidikan untuk anak-anak anda.


Kehidupan Selepas Besara

Kehidupan semasa muda ini semua indah. Maklumlah, anak-anak masih kecil, tanggungan tak banyak, tak ada sakit, pendek kata semuanya berjalan lancar. Hari bertukar bulan, bulan bertukar tahun, akhirnya anda mencapai usia 55 tahun. Duit simpanan tiada, hanya semata-mata duit ehsan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Cukupkah dana KWSP untuk menampung kehidupan selepas bersara?

5 tahun dulu, bawa keluar duit bagi renovate rumah. Habis beribu-ribu. Selepas bersara, bawa keluar RM 475 000, dan langsaikan segala hutang piutang yang masih tertunggak. Tinggal RM 400 000 dalam bank. Selepas 3 tahun, duit hanya berbaki RM 30 000. Anda baru berusia 58 tahun. Nak hidup kurang-kurang lagi 10 atau 20 tahun. Kerja dah tiada. Nak kerja pun, jadi jaga boleh lah. Jangan terkejut, sudah lumrah, bila lepas bersara, penat bekerja 30 tahun, lepas bersara semua fikir nak buat macam-macam. Duit banyak. Jalan sana sini. Beli macam-macam. Akhirnya, dana KWSP hanya mampu bertahan untuk tidak lebih 5 tahun.

Jadi, dari sekarang, tingkatkan pengetahuan anda dalam bidang perancangan kewangan, baca buku, majalah, artikel, internet, blog dan banyak lagi sumber untuk tingkatkan pengetahuan perancangan kewangan anda.

Wassalam.

TERKENANG SEMASA DULU....

Mari kita imbau balik kenangan masa zaman dulu-dulu...Masa kita kecik2....

Okeh...Dulu-dulu sape pegi sekolah je mesti akan gunakan beg hijau nih kan... hehehehe.. penuh buku teks!




Lagi.... kalau sape-sape demam je.. mesti mak suruh ayahanda kita pegi beli menatang nih... rasanya macam oren sikit.. tapi time tu la.. memang susah betol nak makan ubat masa kecik-kecik...jenuh 'pelekoh'.... pengalaman aku dulu.. mak aku terpaksa hancurkan dulu.. kemudian baru campor air suam kasi minum... hahahahahaha...


Bagi mat-mat rock era 80'an.. kalau takde kasut jenih nih memang tak rock la... brand apa tau... tu dia... ALIPH oiii... mahal tuuuu....


Kalau dah ada kasut tu mesti layan lagu-lagu ni....huhuhu...



Korang mesti ingat lagi iklan ni....


Dah empat hari aku tak makan....jangan monyet...jangan monyet...


Zaman sekarang ni agak-agak ada lagi tak dapor minyak gaih (minyak tanah) hehehe .. sumbu dia sempoi dok ada... hahahaha...

Senario awal pagi masa nak pergi sekolah dulu....Betapa banyaknya pengorbanan emak kita nak besarkan kita....


Aku takde benda alah nih...tapi kawan aku ada...dia kasi pinjam....tapi bila dah rosak...hampeh!


Dulu-dulu takde la LCD skin rata.....tengok TV macam ni je.....


Bila masa kenduri kawin...malam-malam layan video ni la....


Dulu-dulu kalau pegi perpustakaan...mesti cari buku penyiasatan.. kawan aku dalam biodata dia dulu siap nak jadi penyiasat persendirian... konon-konon terlalu obses cerita penyiasatan 5 sekawan nih... so buku di bawah menjadi pilihan utama bacaan hujung minggu...



Dulu-dulu takde paintball....hanya menatang ni je...sendiri bikin ooo.....


Yang best bila time terjun sungai....


Perasan tak dulu-dulu benda alah nih... kalau ada orang penerangan datang rumah jer.. mesti mak kita pegi cari tunjuk kat pegawai tu... hehehe... nak guna TV pun ada lesen wooooooo... hahahaha.. sekali pikir lawak gak...setahun $24.00 (RM 24) .. kebanyakan rumah pada masa tu siap frame lagi....


Dulu-dulu handset takde ..bukan macam budak-budak sekarang ni...handset 1orang satu..tapi kita main yang ni jer....



Balik jer sekolah.. kompom singgah kedai...hahaha...TIKAM...oooo TIKAM... ada luck dapat seringgit... modal seposen jer...selalunya tak penah kena pon...

 

Sapa yang ada benda ni pada zaman tu memang orang berada laa...

 

Sapa nak pinjam buku ni...boleh kontek jalak... dia ada simpan... huhuhuhu....dulu berebut sampai hancor kulit...


Subjek yang paling aku minat masa darjah 5 dulu ni..sebab tu aku tak hantar buku teks ni..sebab aku minat sangat..


Sekian....hehehe...

Jumaat, 13 Ogos 2010

Can a Family Man with Monthly Salary of RM3000 survive in Malaysia?

* Satu artikel untuk kita renungkan bersama – maaf kerana tulisan penulis di dalam Bahasa Manglish (rojaklah) *


Can a Family Man with Monthly Salary of RM3,000 survive in Malaysia?

Let’s do some simple calculation here.

In Malaysia, the average family income is RM3,000 /month (where father works, mother doesn’t).

I understand there are many families whose monthly income do not reach RM3,000, but, to make things simple, let’s take RM3,000 as the figure. Ok, right?

Okay, let’s start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ….


Calculation starts…

Electricity and water bill = RM100

(No air-con, No home theatre, No water heater … ok?)

Phone bill (Telekom) = RM100

Meals for a happy family = RM775 (3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons…?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs = RM155 (RM5/day, RM5 … can eat what?)

Car repayment = RM400 (A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam) = RM300 (go to work, bring son to school, only can afford one car running)

Life Insurance = RM650 (kids, wife and myself)

House repayment = RM750 (low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)

Tuition = RM80 (got that cheap meh? i don’t think so)

Older children pocket money @ school = RM20 (RM1/day, eat bread?)

School fees = RM30 (enough ah?)

School books and etc = RM100 (always got extra to pay in school)

Younger children milk powder = RM50 (cannot have the DHA, BHA, PHA one, it is expensive!!)

Miscellaneous = RM100 (shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so…

No Astro,

No movie @ cinema,

No DVD,

No CD,

No online internet,

Cannot eat KFC,

Cannot eat McDonald,

Cannot go to Park walk during weekend (petrol expensive),

No chit chat on phone with grandparents, and etc…


Let’s use a calculator to total up… WALAO EH! ALAMAK! RM3,610 already…

EPF belum potong, income tax lagi…….. already RM3,610 ….

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Our Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don’t eat? Don’t work? Don’t send children to school and study?

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don’t earn RM3,000/month! !!

What is this? Inilah Malaysia Boleh… Sorry … it should be rakyat Malaysia Boleh, because we’re still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

Berapa banyak wang yang perlu anda simpan?

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dalam perancangan kewangan seperti yang pernah dibincangkan dalam kursus perancangan kewangan yang pernah saya hadiri.

Ada pendapat (daripada Perancang Kewangan berbangsa cina) menyatakan, untuk menyusun perancangan kewangan yang sesuai dengan kehidupan kita, anda boleh menyusun ia sepertimana anda menjalani hidup anda sekarang.

Sebagai contoh, dalam 1 hari (24 jam), anda menghabiskan masa 8 jam untuk tidur / berehat. 8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk aktiviti semasa seperti bersukan, berhibur, belajar dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda membahagikan masa anda kepada 3 kategori utama, iaitu


1/3 untuk tidur / berehat

1/3 untuk bekerja

1/3 untuk aktiviti semasa


Dalam perancangan kewangan pun begitu juga, menurut pendapatnya. Setiap kali kita menerima pendapatan, pengurusan kewangan kita terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu :-


1/3 untuk simpanan & pelaburan

1/3 untuk bayaran hutang pinjaman

1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa


Sebab itulah, kalau kita tengok bila bank hendak meluluskan permohonan pinjaman kita, mereka mengukur kemampuan anda berdasarkan bayaran ansuran TIDAK BOLEH LEBIH dari 1/3 gaji bersih anda.

Sudah tentu dalam kehidupan sebenar, anda boleh pinda sedikit nisbah di atas, untuk sesuaikan dengan diri anda seperti 30% untuk simpanan & pelaburan, 35% untuk bayaran hutang dan 35% untuk keperluan semasa. Tetapi secara kasarnya, itulah pecahan yang ideal dalam perancangan kewangan peribadi anda.


Wallahu'alam.

Sami Yusuf - ASMA ALLAH

video

Khamis, 12 Ogos 2010

Asas Pengurusan Kewangan - 7 Langkah

Selaku seorang perunding takaful dan perancang kewangan, adalah menjadi tugas saya untuk menerangkan konsep pengurusan kewangan secara umum.

Di dalam setiap pembentangan secara personal atau taklimat, saya akan mulakan dengan konsep pengurusan kewangan secara umum sebelum fokus kepada takaful.

Ia bertujuan supaya klien saya memahami bahawa takaful adalah merupakan salah satu daripada pelbagai instrumen dalam pengurusan kewangan.

Secara umumnya, asas pengurusan kewangan boleh saya simpulkan kepada 7 langkah dan peringkat, sebagaimana berikut;



1. PENDAPATAN (Income)

Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?

2. SIMPANAN (Saving)

Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.

3. PERBELANJAAN (Expenses)

Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;

PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN

Tetapi, yang sepatutnya ialah;

PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN

Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.

4. PERLINDUNGAN (Protection)

Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.

5. PELABURAN (Investment)

Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.

6. PENYUCIAN (Purification)

Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.

7. PEMBAHAGIAN (Distribution)

Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan lancar.


p/s - kredit untuk Saudara Afyan Mat Rawi untuk info yang sangat berguna.

Wallahu'alam.

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai

video

Rabu, 11 Ogos 2010

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar (Darussyifa')


Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, "Mudarat" membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya-Allah kita akan terhindar daripada "mudarat" yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai "Ayat Pengerak" kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya'Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya-Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada' Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada' Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya'Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya'Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya-Allah.

Wallahu'alam.

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa




Oleh: Ibnuumar Asseluluni (Darussyifa')

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa' sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa' ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa', Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu'min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya-Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;


Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;


Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan." Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.

Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.

Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.

Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.

Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.

Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri

1. Doa Bersetubuh

Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.


Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

2. Doa ketika hampir keluar mani

Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.


Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa. (Surah al-Furqaan ayat 54)

Wallahu a'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...