Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dalam perancangan kewangan seperti yang pernah dibincangkan dalam kursus perancangan kewangan yang pernah saya hadiri.
Ada pendapat (daripada Perancang Kewangan berbangsa cina) menyatakan, untuk menyusun perancangan kewangan yang sesuai dengan kehidupan kita, anda boleh menyusun ia sepertimana anda menjalani hidup anda sekarang.
Sebagai contoh, dalam 1 hari (24 jam), anda menghabiskan masa 8 jam untuk tidur / berehat. 8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk aktiviti semasa seperti bersukan, berhibur, belajar dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda membahagikan masa anda kepada 3 kategori utama, iaitu
1/3 untuk tidur / berehat
1/3 untuk bekerja
1/3 untuk aktiviti semasa
Dalam perancangan kewangan pun begitu juga, menurut pendapatnya. Setiap kali kita menerima pendapatan, pengurusan kewangan kita terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu :-
1/3 untuk simpanan & pelaburan
1/3 untuk bayaran hutang pinjaman
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa
Sebab itulah, kalau kita tengok bila bank hendak meluluskan permohonan pinjaman kita, mereka mengukur kemampuan anda berdasarkan bayaran ansuran TIDAK BOLEH LEBIH dari 1/3 gaji bersih anda.
Sudah tentu dalam kehidupan sebenar, anda boleh pinda sedikit nisbah di atas, untuk sesuaikan dengan diri anda seperti 30% untuk simpanan & pelaburan, 35% untuk bayaran hutang dan 35% untuk keperluan semasa. Tetapi secara kasarnya, itulah pecahan yang ideal dalam perancangan kewangan peribadi anda.
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan