Meminta maaf kepada orang yang melakukan kesilapan bukan perkara mudah kerana ia melibatkan memecahkan rasa ego dalam diri seseorang. Sebab itu tidak ramai orang yang bersalah tetapi mampu meminta maaf di atas kesilapan dirinya. Hanya kerana ego, maaf tidak dituturkan di bibir. Kesalahan diri dianggap perkara kecil yang boleh disembunyikan.
Namun perkara lebih besar daripada meminta maaf kepada orang lain, memberi maaf juga melibatkan keegoaan dalam diri. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan ke atas diri kita. Oleh kerana itulah ada seorang sahabat Rasulullah s.a.w. baginda telah menyebut-nyebut namanya di hadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga.
Hairan para sahabat kerana Rasulullah s.a.w. menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak tiga kali di hadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut. "Wahai sahabat, apakah rahsia yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. menyebut namamu sebagai ahli syurga?" Maka sahabat tersebut menjawab, "Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur."
Meminta maaf atas kesilapan kerana sebagai pengakuan kita bersalah tetapi orang yang memberi maaf benar-benar menunjukkan anda seorang yang berjiwa besar.
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan