Nuffnang advertisement

Khamis, 4 November 2010

Amalkan Basmallah Sebelum Lakukan Kerja


Tahukah anda bahawa dalam kehidupan kita sering mengabaikan perkara-perkara kecil yang sebenarnya memberikan kesan besar kepada perubahan diri. Kita lebih berminat membuat perubahan pada perkara yang besar tetapi akhirnya tidak berjaya. Mengapa? Kerana perkara kecil dalam kehidupan kita tinggalkan.

Jangan memandang remeh pada perubahan kecil. Contoh senang adakah setiap kerja atau perbuatan yang anda lakukan, anda memulakan dengan menyebut nama Allah s.w.t.? Saya percaya ada waktunya kita terlupa juga untuk menyebut basmallah dalam amal perbuatan kita. Perkara mudah tetapi memberi kesan besar kepada kehidupan. Basmallah menjemput keberkatan pada setiap amalan yang dilakukan. Basmallah menjauhkan rezeki yang tidak halal.

Walaupun dengan hanya membaca basmallah tetapi kerja atau amal yang dilakukan meletakkannya untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Mudah-mudahan amalan kecil mampu membina perubahan kerja anda selepas ini.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...