Nuffnang advertisement

Rabu, 3 November 2010

Berkawan Dengan Orang-Orang Soleh



 "Perumpamaan sahabat yang soleh dan sahabat yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan peniup tungku. Penjual minyak wangi boleh memberimu tanpa kita harus membeli, atau (paling tidak) engkau akan mendapat bau harum darinya. Sedangkan peniup tungku boleh membakar pakaianmu atau engkau akan mencium bau busuk darinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam usaha membina perubahan dalam diri, anda akan berdepan dengan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana nekad dan keazaman anda untuk ke jalan kebaikan. Allah s.w.t. akan memberikan ujian demi ujian supaya anda lebih cekal dan berhati-hati dalam setiap langkah. Oleh sebab itu, carilah sahabat atau kawan yang dapat mendorong anda terus ke jalan yang benar.

Berkawan dengan orang soleh bukan hanya tergolong kepada mereka yang berserban dan berjubah. Orang yang soleh adalah orang yang sentiasa istiqamah dalam menjalankan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya. Anda amat memerlukan insan-insan seumpama ini untuk membantu anda memimpin diri agar lebih kuat mengharungi ujian Allah s.w.t.

Orang mukmin adalah cermin kepada orang mukmin yang lain. Jika anda berasa kurang yakin dengan momentum perubahan diri anda, eloklah bergaul dan sentiasa mengikuti aktiviti-aktiviti sahabat yang dapat memimpin anda ke arah perubahan.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...