Antara amalan yang mengalirkan kebaikan tanpa henti ketika anda berada di Akhirat nanti adalah sedekah yang anda berikan dengan ikhlas kepada orang lain. Bila bercerita tentang bersedekah ramai di antara kita memandang remeh tentang amalan ini. Sekalipun banyak wang, kita masih berkira untuk menghulurkan RM1 kepada mereka yang memerlukan. Terasa RM1 itu akan mengurangkan perbelanjaan kita jika diberikan kepada orang lain.
Yakinlah bahawa sedekah adalah satu keajaiban. Sebenarnya wang yang anda berikan kepada orang dengan niat membantu kerana Allah, Allah SWT tidak akan biarkan wang itu hilang begitu sahaja. Tetapi Allah SWT akan tambah tanpa anda sedari. Allah SWT memberikan jaminan dengan menggantikannya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 261 :
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah : 261)
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan