Daripada Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berwasiat kepada menantunya Ali bin Abi Thalib r.a.:
"Wahai Ali, jika isterimu memasuki rumahmu, hendaklah melepaskan sandalnya ketika ia duduk, membasuh kedua kakinya, menyiramkan air dimulai dari pintu rumahmu sampai ke sekeliling rumahmu. Kerana dengan hal itu Allah s.w.t. mengeluarkan dari rumahmu 70,000 macam kefakiran dan memasukkan ke dalamnya 70,000 macam kekayaan, 70,000 macam keberkatan, menurunkan kepadamu 70,000 macam rahmat yang meliputi isterimu, sehingga rumahmu diliputi oleh keberkatan dan isterimu diselamatkan dari berbagai macam penyakit selama ia berada di rumahmu."
"Cegahlah isterimu (selama seminggu dari awal perkahwinan) minum susu dan cuka, makan Kuzbarah (sejenis rempah-rempah, ketumbar) dan epal yang masam." Ali bertanya: "Ya Rasulullah, mengapa ia dilarang dari empat hal tersebut?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Empat hal tersebut dapat menyebabkan isterimu mandul dan tidak membuahkan keturunan. Sementara tikar di rumahmu lebih baik dari perempuan yang mandul." Kemudian Ali r.a. bertanya: "Ya Rasulullah, mengapa dia tidak boleh minum cuka?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Cuka dapat menyebabkan tidak sempurna kesucian dari haidnya; Kuzbarah menyebabkan darah haid berakibat negatif terhadap kandungannya dan mempersulit kelahiran; sedangkan epal yang masam dapat menyebabkan darah haid terputus sehingga menimbulkan penyakit baginya."
"Wahai Ali, jika isterimu memasuki rumahmu, hendaklah melepaskan sandalnya ketika ia duduk, membasuh kedua kakinya, menyiramkan air dimulai dari pintu rumahmu sampai ke sekeliling rumahmu. Kerana dengan hal itu Allah s.w.t. mengeluarkan dari rumahmu 70,000 macam kefakiran dan memasukkan ke dalamnya 70,000 macam kekayaan, 70,000 macam keberkatan, menurunkan kepadamu 70,000 macam rahmat yang meliputi isterimu, sehingga rumahmu diliputi oleh keberkatan dan isterimu diselamatkan dari berbagai macam penyakit selama ia berada di rumahmu."
"Cegahlah isterimu (selama seminggu dari awal perkahwinan) minum susu dan cuka, makan Kuzbarah (sejenis rempah-rempah, ketumbar) dan epal yang masam." Ali bertanya: "Ya Rasulullah, mengapa ia dilarang dari empat hal tersebut?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Empat hal tersebut dapat menyebabkan isterimu mandul dan tidak membuahkan keturunan. Sementara tikar di rumahmu lebih baik dari perempuan yang mandul." Kemudian Ali r.a. bertanya: "Ya Rasulullah, mengapa dia tidak boleh minum cuka?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Cuka dapat menyebabkan tidak sempurna kesucian dari haidnya; Kuzbarah menyebabkan darah haid berakibat negatif terhadap kandungannya dan mempersulit kelahiran; sedangkan epal yang masam dapat menyebabkan darah haid terputus sehingga menimbulkan penyakit baginya."
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
(Waktu Berjimak Yang Dilarang)
- Wahai Ali! Janganlah kamu menggauli isterimu pada awal bulan, pertengahan bulan dan akhir bulan, kerana hal itu mempercepatkan datangnya penyakit gila, kusta dan kerosakan saraf padanya dan keturunannya.
- Wahai Ali! Janganlah kamu menggauli isterimu sesudah Zuhur, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan jiwa anak mudah goncang dan syaitan sangat menyukai manusia yang jiwanya goncang.
- Wahai Ali! Janganlah kamu menggauli isterimu sambil berbicara, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan kebisuan. Dan janganlah seorang suami melihat kemaluan isterinya, hendaklah memejamkan mata ketika berhubungan, kerana melihat kemaluan dapat menyebabkan kebutaan pada anak.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu dengan dorongan syahwat pada wanita lain (membayangkan perempuan lain), kerana (bila dikurniai anak) dikhuatirkan memiliki mental seperti wanita itu dan memiliki gangguan psikologi.
- Wahai Ali! Barangsiapa yang bercumbuan dengan isterinya di tempat tidur, janganlah sambil membaca Al-Quran, kerana aku khuatir turun api dari langit lalu membakar keduanya.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu dalam keadaan telanjang bulat, juga isterimu, kerana khuatir tidak tercipta keseimbangan syahwat yang akhirnya menimbulkan perselisihan di antara kalian berdua, kemudian menyebabkan perceraian.
- Wahai Ali! Janganlah menggauli isterimu dalam keadaan berdiri, kerana hal itu merupakan sebahagian dari perilaku anak keldai, dan (bila dianugerahi anak) dia suka kencing di tempat tidur seperti anak keldai kencing di sembarangan tempat.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu pada malam Aidil Fitri, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan anak memiliki banyak keburukan.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu pada malam Aidil Adha, kerana (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan jari-jarinya tidak sempurna, enam atau empat jari-jari.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu di bawah pohon yang berbuah, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan dia menjadi seorang tukang sebat atau pembunuh atau tukang sihir.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu di bawah langsung sinar matahari kecuali tertutup oleh tirai, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan kesengsaraan dan kefakiran sampai dia meninggal.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu di antara azan dan iqamah, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan dia suka melakukan pertumpahan darah.
- Wahai Ali! Jika isterimu hamil, janganlah menggaulinya kecuali kamu dalam keadaan berwuduk, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan dia buta hatinya dan bakhil tangannya.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu pada malam Nisfu Syaaban, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan tidak bagus fizikalnya, mempunyai tanda yang jelek pada kulit dan wajahnya.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu pada akhir bulan (2 hari terakhir), kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan dia suka berkerjasama dan menolong orang yang zalim dan menjadi perosak persatuan kaum muslimin.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu di atas loteng bangunan (yang tidak beratap), kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan dia menjadi orang munafik, riak dan pelampau yang melewati batas.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu ketika hendak keluar bermusafir, jangan menggaulinya pada malam itu, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan dia suka membelanjakan harta pada jalan yang tidak benar (pemboros). Kemudian Rasulullah s.a.w. membacakan firman Allah s.w.t.: "Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan." (Al-Isra':27)
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu jika kamu hendak bermusafir 3 hari 3 malam, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan dia menjadi penolong orang yang zalim.
- Wahai Ali! Jangan menggauli isterimu pada awal waktu malam, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan dia menjadi orang yang tidak beriman, menjadi tukang sihir yang akibatnya buruk di dunia hingga di akhirat.
(Waktu Berjimak Yang Digalakkan)
- Wahai Ali! Gaulilah isterimu pada malam Isnin, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan dia menjadi pemelihara Al-Quran dan redha terhadap pemberian Allah s.w.t.
- Wahai Ali! Jika kamu menggauli isterimu pada malam Selasa, hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan dia dianugerahi Syahadah setelah bersaksi "Sesungguhnya tiada tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah", tidak diazab oleh Allah s.w.t. bersama orang-orang yang musyrik. Mulutnya berbau harum, hatinya penyayang, tangannya dermawan dan lisannya suci daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
- Wahai Ali! Jika kamu menggauli isterimu pada malam Khamis, hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan dia menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana dan orang yang alim.
- Wahai Ali! Jika kamu menggauli isterimu pada hari Khamis setelah tergelincir matahari, hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan dia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga dia tua, menjadi orang yang mudah faham dan dianugerahi oleh Allah s.w.t. keselamatan dalam agama dan di dunia.
- Wahai Ali! Jika kamu menggauli isterimu pada malam Jumaat, hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan dia menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. Jika kamu menggauli isterimu pada hari Jumaat selepas Asar, (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan dia menjadi orang terkenal, termasyhur dan alim. Jika kamu menggauli isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak, maka diharapkan kamu memiliki anak yang terkemuka, insya Allah.
- Jika kamu menggauli isterimu pada waktu-waktu tersebut, bacalah doa berlindung daripada syaitan. Jika dikurniakan anak, dia tidak akan dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku memeliharanya dari Jibrail a.s."
(Kitab Makarimul Akhlaq : 210-212)
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan