Setiap orang pasti mempunyai sumber inspirasi untuk membina langkah-langkah baru dalam kehidupannya. Sumber inspirasi inilah yang akan memastikan bahawa dirinya akan berusaha sedaya mungkin ke arah itu untuk berjaya. Segala kudrat akan diperah untuk memastikan impiannya tercapai. Saya pasti anda yang sedang membaca sekarang juga mempunyai sumber inspirasi dalam hidup anda.
1. Wang Ringgit
Ada orang meletakkan wang ringgit sebagai sumber inspirasi untuk berjaya. Meletakkan sasaran jutawan adalah kebanyakan inspirasi manusia yang ingin berjaya. Oleh kerana itu ramai yang mula meletakkan minda jutawan dalam diri mereka. Tidak salah meletakkan wang sebagai inspirasi untuk berjaya, cuma yang tidak bagus jika kita hilang punca kerana wang. Jangan menjadi hamba kerana wang. Jika berinpsirasi untuk membantu orang lain dengan wang itu adalah cara yang paling baik kerana dalam Islam sememangnya mengajak umatnya membina kekayaan dengan syarat perlu membantu orang lain iaitu dengan amalan zakat dan bersedekah.
2. Pangkat dan Jawatan
Sebahagiannya pula meletakkan inspirasi kepada jawatan tinggi dalam kerjaya. Mungkin anda sudah berimpian untuk menjadi CEO pada masa akan datang atau mungkin Pengurus Besar dalam organisasi anda. Tidak salah juga anda meletakkan jawatan itu sebagai inspirasi anda ingin lebih berjaya asalkan anda mengikut cara yang betul dan bekerja keras. Semakin tinggi jawatan yang disandang bermakna anda meningkatkan taraf kehidupan anda serta mempunyai tanggungjawab yang besar dalam bersama-sama membangunkan ummah dan bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata.
3. Kembangkan Empayar
Bagi seorang ahli perniagaan atau ahli korporat, perluasan empayar perniagaan ke serata dunia adalah menjadi inspirasi utama. Setiap hari anda akan mencongak bagaimanakah cara untuk melebarkan sayap perniagaan anda. Tidak salah juga anda berinspirasi begini kerana anda akan menjadi contoh kepada orang lain. Lebih-lebih lagi anda menjadi seorang korporat muslim yang taat kepada Allah SWT dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang mukmin sejati.
4. Keluarga Bahagia
Saya melihat 3 perkara di atas akan lebih bermakna jika saya berjaya membina keluarga yang bahagia. Bahkan memang ramai juga orang meletakkan keluarga bahagia sebagai inspirasi utama untuk mereka lebih maju pada masa hadapan. Mungkin 3 perkara di atas mudah untuk anda laksanakan tetapi mendapat keluarga bahagia bukan semudah yang diharapkan. Kerana inspirasi inilah ramai yang berusaha gigih ke arah itu. Wang ringgit, pangkat dan empayar perniagaan yang luas belum tentu menjamin kebahagian keluarga. Bukahkah sebuah keluarga bahagia adalah inspirasi yang lebih hebat?
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan