Apa yang naik dan tidak akan jatuh? Selain daripada umur anda, harga barangan dan perkhidmatan adalah jawapan yang munasabah! Hakikatnya pada akhir-akhir ini, banyak telah diperkatakan tentang kenaikan harga makanan dan minyak di seluruh dunia. Dengan harga yang meningkat dan pendapatan kekal sama, amatlah penting untuk kita mempelajari bagaimana untuk hidup dengan cermat.
Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?
Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!
Bercermat atau berjimat cuma bermaksud mengurus demi untuk menyimpan. Bermakna, anda mendapat sebanyak mungkin duit anda. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan di sini kami tegaskan yang bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang-orang Hokkien.
Bagaimana saya boleh Bercermat atau Berjimat?
Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit dan di bawah adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda berhemat dengan wang Ringgit anda:

- Kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda:
- Adakah saya betul-betul perlukan ini?
- Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
- Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
- Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda – tidak menggunakan kereta (aduh!) dan jimat duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insuran kereta dan tol atau, cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah.
- Kurangkan penggunaan – tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.
- Kurangkan sampah – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat (jika dibenarkan, buat catatan tanpa kertas!) dan gunakan kain lampin menggantikan lampin pakai buang.
- Guna semula atau Kitar semula – jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menanam sayur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit!
- Jadikan barang bertahan lebih lama – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.
- Cari kegunaan baru untuk barangan lama – cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula!
- Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli
Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:
- Cari hiburan yang percuma atau murah.
- Berkongsi dalam pembelian yang besar. Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik.
- Bertukar barangan atau perkhidmatan. Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu, anda mungkin memulakan satu lagi “eBay”!
Bagaimana saya boleh berjimat dalam Hiburan?
Ini adalah satu bahagian yang kita banyak berbelanja tanpa menyedarinya. Walaubagaimanapun, masih boleh mendapat hiburan secara percuma atau hampir percuma. Disebabkan anda cuba berjimat, tidak bermakna anda tidak boleh bergembira. Tidak kira berapa pendapatan anda, luangkan masa untuk relaks dan bergembira (sebab anda hanya hidup sekali!). Malah ia lebih penting apabila anda mempunyai duit yang sedikit. Tanpa keseronokan, sukar untuk hidup sihat. Di sini terdapat beberapa cadangan:
- Pinjam buku atau hadiri seminar/program percuma yang dianjurkan perpustakaan awam.
- Daripada pergi ke sinema, sewa video dan cuba buat sendiri kacang putih/biskut.
- Melawat muzium, zoo atau taman tema dan nikmati udara segar (bergantung di mana anda berada!)
- Peka dengan konsert, program kanak-kanak dan aktiviti keluarga yang percuma daripada akhbar atau melalui pusat/laman web pelancongan.
- Ambil kelas yang murah melalui pendidikan komuniti, belajar kemahiran baru atau hidupkan minat lama. Malah anda boleh tukarkan hobi itu kepada bisnes.
- Hadiri sesi percuma bacaan buku orang dewasa dan kanak-kanak di kedai buku tempatan atau perpustakaan.
- Berjalan, mengembara dengan berjalan kaki atau berbasikal untuk meneroka suatu yang baru atau melawat tempat kegemaran.
- Lihat matahari terbit dan terbenam, cari gugusan bintang pada langit atau mungkin, mulakan satu projek bersama keluarga, seperti menanam pokok (pokok durian atau magga memang tepat sekali, kerana ia akan menjimatkan duit anda daripada perlu membeli buah-buahan!)
Jika anda rajin mencari (hanya perlu cari di Internet mengenai “gaya hidup cermat” atau “berjimat”, anda akan kagum dengan apa yang bakal anda jumpa!), terdapat banyak cara untuk menikmati hiburan yang baik dan pada kos yang rendah. Sebenarnya, satu lagi aktiviti yang menarik, yang mungkin anda perlu cuba ialah “memerhati orang”! Duduk di taman atau pusat membeli-belah dan anda perlu cuma perhati apa yang orang lakukan, bagaimana mereka berjalan, bercakap, ketawa dan bagaimana sesetengah ibu bapa “berkomunikasi” dengan anak mereka. Banyak perkara yang dapat dipelajari dengan hanya memerhatikan orang lain dan yang bagusnya, ia adalah PERCUMA!
Kesimpulan
Hidup dengan duit yang sedikit tidak bermakna kehidupan yang serba kekurangan. Ia lebih kepada hidup dengan lebih bermakna dan bersyukur, dan bukan hidup untuk orang lain. Bercermat dalam semua aspek kehidupan adalah asas membina kekayaan. Jika anda berimpian untuk mendapat kebebasan kewangan pada suatu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai cara hidup.
Wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan