"Tangguhkan sesuatu perkara yang patut dilakukan hari ini kepada hari esok sekiranya anda sanggup untuk meninggalkan dunia ini dengan membiarkan ia tidak diselesaikan." - Pablo Picasso
Kata-kata motivasi yang sungguh tajam pada saya. Anda sunggup? Kata-kata sinis yang memberikan kesedaran pada kita perlunya menyelesaikan kerja atau amanah secepat yang mungkin. Ramai di antara kita suka bertangguh kerja bukan? Kerja hari ini ditangguh sehingga esok, kerja esok ditangguh lagi sehingga lusa, kerja minggu ini ditangguh minggu depan.
Alamatnya kerja menimbun banyaknya. Tekanan kerja mula terasa. Hanya kerana kita yang tidak menyelesaikannya ketika terluang. Sekalipun kata-kata ini dari Picasso tetapi Islam terlebih dahulu mengajar kepada kita tentang konsep seumpama ini. Fiqh al-awlawiyat adalah cara di mana kita mengutamakan apa yang penting dan Surah Al-Asr dalam Al-Quran dijadikan sebagai pengajaran terhadap masa supaya digunakan dengan betul.
Hayatilah masa dengan sebaik mungkin sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Asr Ayat 1 hingga 3:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" - QS Surah Al-Asr : 1-3
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan