Surah Ibrahim
Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim ‘alaihis salam) سورة إبراهيم adalah surah ke-14
dalam Al-Quran. Surah ini terdiri daripada 52 ayat dan termasuk golongan surah-surah
Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelum Hijrah. Dinamakan Ibrahim, kerana
surah ini mengandung doa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam iaitu ayat 35 hingga 41.
Doa ini isinya antara lain: permohonan agar keturunannya mendirikan solat,
dijauhkan dari menyembah berhala-berhala dan agar Makkah dan daerah sekitarnya
menjadi daerah yang aman dan makmur. Doa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam ini telah
diperkenankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagaimana telah terbukti
keamanannya sejak dahulu sampai sekarang. Doa tersebut dipanjatkan beliau ke
hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala sesudah selesai membina Ka'abah bersama
puteranya Ismail ‘alaihis salam, di dataran tanah Makkah yang tandus.
Isi Kandungan Surah Ibrahim
Keimanan:
Al Quran adalah pembimbing manusia ke jalan Allah; segala sesuatu dalam alam
ini kepunyaan Allah; keingkaran manusia terhadap Allah tidaklah mengurangi
kesempurnaan-Nya; nabi-nabi membawa mukjizat atas izin Allah semata-mata; Allah
berkuasa mematikan manusia dan membangkitkannya kembali dalam bentuk baru; ilmu
Allah meliputi yang lahir dan yang bathin.
Hukum-hukum:
Perintah mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian harta baik secara rahsia
maupun secara terang-terangan.
Kisah-kisah:
Kisah Nabi Musa ‘alaihis salam dengan kaumnya, serta kisah para rasul zaman
dahulu.
Dan lain-lain:
Sebabnya rasul-rasul diutus dengan bahasa kaumnya sendiri; perumpamaan tentang
perbuatan dan perkataan yang hak dengan yang bathil; kejadian langit dan bumi
mengandung hikmah-hikmah; macam-macam nikmat Allah kepada manusia dan janji
Allah kepada hamba-hamba yang mensyukuriNya.
Ayat Doa dalam Surah
Ibrahim
1. Doa Nabi Ibrahim
agar tempatnya mendapat keamanan dan keampunan:
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan
berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman,
dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. (Surah
Ibrahim 14: 35)
Maksudnya: Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah
menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang
menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku;
dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya
Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat). (Surah
Ibrahim 14: 36)
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku
telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah
Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan
mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka
mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah
hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang
beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai
jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. (Surah
Ibrahim 14: 37)
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan
apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di
langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! (Surah
Ibrahim 14: 38)
Maksudnya: "Segala puji tertentu bagi Allah yang
telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya
Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan. (Surah Ibrahim 14: 39)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim 14: 40)
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua
ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan
amal dan pembalasan". (Surah Ibrahim 14: 41)
Wallahu 'A'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan