Surah Ali ‘Imran
Surah Ali ‘Imran (Keluarga Imran) - آل عمران ini terdiri dari 200 ayat,
merupakan surah Madaniyyah. Dinamakan Ali Imran kerana memuat kisah keluarga
Imran yang di dalam kisahnya disebutkan kelahiran Nabi Isa, persamaannya dengan
Nabi Adam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebut pula kelahiran
Maryam puteri Imran, ibunda daripada Nabi Isa.
Surah Ali Imran ini dan surah Al Baqarah dinamakan "Az Zahrawaani"
(dua yang cemerlang), kerana kedua surat ini menyingkapkan hal-hal yang
disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa,
kedatangan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan sebagainya.
Ayat-ayat Doa dalam Surah
Ali ‘Imran
1. Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Quran:
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan
berkata): "Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya
Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya. (Ali
‘Imran 3:8)
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah
yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu
hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak
memungkiri janjiNya. (Ali ‘Imran 3:9)
2. Memohon ampun atas kesalahan dan dilindungi daripada azab api Neraka:
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang
yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh
itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka". (Ali
‘Imran 3:16)
3. Setelah melahirkan anak (Doa ibu Mariam):
Maksudnya: Maka apabila ia
melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan
seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), -
dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah
tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah
menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga
zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan
disingkirkan)". (Ali ‘Imran 3:36)
4. Mendapatkan anak:
5. Menjadi seorang saksi bagi Allah dan Kitab-Nya:
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman
kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu
suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui
keesaanMu dan kebenaran RasulMu)". (Ali ‘Imran 3:53)
6. Memohon ampun atas kesalahan dan yang berlebihan dalam urusan,
teguhkan pendirian, dan pertolongan terhadap kaum yang tidak percaya:
Maksudnya: Dan tidaklah ada yang
mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami!
Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami,
dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami
mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”. (Ali ‘Imran 3:147)
7. Doa ketika menghadapi tekanan (stress)
Maksudnya: Mereka juga ialah yang
diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum
(kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu
hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman
mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia
sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami)".
(Ali ‘Imran 3: 173)
Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn
Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh
Nabi Ibrahin ‘alaihis salam sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan
oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ketika golongan kafir
menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam. (Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah ali ‘Imran).
8. Dijauhkan daripada azab api neraka, ampun atas kesalahan, lepas daripada
kejahatan, mati sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat (Doa
ketika memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi):
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang
menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan
bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari
azab neraka. (Ali ‘Imran 3:191)
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau
masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan
orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; (Ali ‘Imran 3:192)
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar
seorang penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: `Berimanlah kamu
kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami,
dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami
bersama orang-orang yang berbakti; (Ali ‘Imran 3:193)
Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang
telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau
hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri
janji". (Ali ‘Imran 3:194)
Wallahu A'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan