Surah Al-Baqarah
Surah Al
Baqarah (Arab: سورة البقرة "Lembu") merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi
286 ayat. Surah itu turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada
permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Haji wada'
(haji Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam yang terakhir). Seluruh ayat
dari surat ini merupakan ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat
yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai Al Baqarah
kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil
dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina untuk mengetahui siapa
yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hatinya.
Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan
beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar
juga surah alif-laam-miim kerana surah ini dimulai dengan Alif-laam-miim.
Isi Kandungan Surah Al-Baqarah
Surah ini
banyak mengisahkan hukum-hakam dan syariat seperti perintah mengerjakan solat;
menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qisas; hal-hal yang
halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara
menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak
menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah;
kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merosakkan masjid; hukum meubah
kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa' dan hukum susuan;
hukum melamar, mahar, larangan mengahwini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum
perang.
Surah ini juga ada menceritakan kisah Nabi Adam ‘alaihis salam, Nabi Musa ‘alaihis
salam dan Nabi Ibrahim ‘alaihis salam serta larangan akan bulan haram. Perkara
utamanya adalah berdakwah kepada kaum musyrik dan Yahudi Madinah serta memberi
amaran kepada mereka serta kepada kaum munafik akan ketentuan Allah kepada
mereka yang tidak beriman kepada-Nya.
Surah ini juga mengandungi ayat kursi iaitu ayat yang teragung dan sering
dihafal oleh masyarakat Muslim. Malah, ayat ini dijadikan bacaan untuk mendapat
perlindungan dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Ayat-ayat Doa dalam Surah
Al-Baqarah
1. Tidak menjadi orang bodoh (jahil):
Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu
betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini
permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah
seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak
patut)". (Al-Baqarah 2:67)
2. Doa Nabi Ibrahim ketika membina Rumah atau Kaabah:
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan
berkata: "Wahai
Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui; (Al-Baqarah 2:127)
Maksudnya: "Wahai Tuhan
kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu,
dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri)
kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah
taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat, lagi Maha
Mengasihani; (Al-Baqarah 2:128)
Maksudnya: "Wahai Tuhan
kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang
akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi
kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati
dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Al-Baqarah 2:129)
4. Memohon kebaikan yang baik di dunia dan di akhirat:
Maksudnya: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan
kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami
dari azab neraka". (Al-Baqarah 2:201)
5. Ketika bertemu musuh dalam peperangan:
Maksudnya: Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan
tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan
teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang
kafir". (Al-Baqarah 2:250)
6. Ayatul Kursi:
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap
hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak
mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada
di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya
melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan
apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun
dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu
kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan
bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya). (Al-Baqarah 2: 255)
Diriwayatkan daripada Sahih Muslim bahawa Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam pernah bersabda memberitahu kepada Ubai bin Ka’ab bahawa ayat
yang paling agung dalam al-Qur’an adalah ayat al-Kursi. Ada juga diriwayatkan di dalam Sahih
Bukahri dan Sahih Muslim berkenaan kisah Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu
menangkap syaitan yang mempunyai hubung kaitnya dengan ayat al-Kursi.
7. Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan
kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; Oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah 2:286)
Wallahu A'alam.
Wallahu A'alam.
Apa yang saya cari, telah ditulis 12 tahun yang lalu. Masya Allah, Tabarakallah
BalasPadam