Oleh Wan Abd Rahim Wan Mohamad
Sumber: http://www.bharian.com.my
KATA
pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi
tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia
menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan
ujian.”
Maknanya
manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik
untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga
pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah
memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya
dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia
berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar
bererti kebaikan baginya.”
Disuarakan
oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji,
daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi
orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”
Setiap
ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana
kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah
untuk dilakukan. Firman
Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan
beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang
bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami
nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Tidak
semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi
nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah
memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu
dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah
ali-Imran, ayat 200)
Berkata
Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi
orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan
menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman
sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Pada
prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan
rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru,
pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan
pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.
Sabda Rasulullah SAW yang
diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan
keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin
terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur.
Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan
baginya.”
Golongan
yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang
bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila
kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan
sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)
Kesabaran
adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya
perlu memiliki sifat sabar.
Wallahu
A’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan