Bulan Ramadhan menjelang tiba. Insya Allah, esok umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa fardhu Ramadhan. Berikut adalah lafaz niat berpuasa di bulan Ramadhan harian, niat berpuasa sebulan Ramadhan, doa berbuka puasa dan doa selepas buka puasa untuk diamalkan bersama-sama.
NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala."
NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala."
DOA BERBUKA PUASA
"Ya Allah! Kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."
DOA SELEPAS BERBUKA PUASA
"Ya Allah! Kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu."
Semoga kita sama-sama menjalani ibadah puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketakwaan serta diterima oleh Allah Ta'ala. Insya Allah.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan