Lailatul qadar ialah satu malam yang amat agung pada setiap Ramadan. Pada malam itu juga diturunkan al-Quran keseluruhannya ke langit dunia sebelum diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam sepertimana firman Allah Ta'ala dalam surah al-Qadr ayat 1 hingga 5 :
Mencari malam lailatul qadar adalah sunat kerana Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim menyatakan bahawa Baginda berusaha sedaya upaya pada 10 malam terakhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam lain.
Mengenai cerita dan riwayat yang dikatakan berlaku pada malam itu perlu kita selidiki mengenai sejauh mana ia bertepatan dengan al-Quran dan hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Banyak pandangan beberapa sahabat dan ulama mengenainya antaranya ialah pandangan Imam Ghazali. Menurut beliau malam ini boleh diketahui melalui:
- Jika awal Ramadan pada Ahad atau Rabu, maka lailatul qadar pada malam 29 Ramadan.
- Jika awal Ramadan pada Isnin, lailatul qadar pada malam 21 Ramadan.
- Jika awal Ramadan pada Selasa atau Jumaat maka lailatul qadar pada malam 27 Ramadan.
- Jika awal Ramadan pada Khamis, lailatul qadar pada malam 25 Ramadan.
- Jika awal Ramadan pada Sabtu, maka lailatul qadar pada 23 Ramadan.
Sebahagian ulama berpendapat, orang yang mendapat al-Qadar itu akan melihat beberapa tanda antaranya ialah :-
a. Tanda malam al-Qadar ialah :
- Malam itu
tenang, tidak dingin dan tidak panas.
- Alam
terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
- Segala
yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
- Tiada
kedengaran suara salakan anjing.
- Mendengar
salam malaikat dan tutur kata mereka.
- Malaikat Jibril akan bersalam dengan orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
b. Tanda malam al-Qadar telah berlaku
adalah:
- Pada
paginya terbit matahari dengan bentuk putih bersih bagai bulan penuh.
- Sinar
mentarinya tidak terasa terlalu panas walaupun cahaya cerah memancar.
- Alam dan
udara terasa begitu segar dan bersih.
- Terasa
seperti diperkenankan segala doanya.
Seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Pada saat terjadinya Lailatul-Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan".
Bagaimanapun, lailatul qadar adalah rahsia yang hikmahnya supaya umat Islam terus mencari dengan menggandakan amal ibadah. Rasulullah bersabda “Telah datang kepada kamu Ramadan bulan membawa berkat, Allah menyelubungi kamu, lalu ia menurunkan rahmat serta menghapuskan kesalahan-kesalahan. Allah Subhanahu Wa Ta'ala memperkenankan doa pada bulan itu. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu pada Ramadan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada malaikat. Oleh itu hendaklah kamu membuktikan kebaikan kamu kepada-Nya. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dijauhkan atau diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-Nya.” (Hadis Riwayat Tabarani)
Amalan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Di Malam Lailatul Qadar
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Ilahi (ketakwaan), maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu." (Hadis riwayat Abu Hurairah, Bukhari dan Muslim).
Antara amalan yang dilakukan Rasululah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan para sahabat pada 10 malam terakhir Ramadhan ialah :-
- Mandi,
berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
- Beriktikaf
iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
- Mengejutkan
keluarga agar bangun beribadah.
- Uzlah
(tidak mendekati) isteri.
- Memperbanyakkan
amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
- Menghadiri
majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
- Memperbanyakkan
bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
- Membaca
dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
- Bersolat
Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
- Bertaubat
daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
- Berdoa ke
hadrat Ilahi. Baginda
Shallallahu 'Alaihi Wasallam sering membaca doa:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada
kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami
daripada seksaan api neraka.”
- Berdoa
mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
Daripada Amru bin ‘Ash, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang solat pada malam Ramadhan dan membaca 10 ayat daripada Al-Quran, maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai." Hadis Riwayat Abu Daud.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh
malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga
turut beriktikaf bersama-samanya ketika baginda hidup dan selepas baginda
wafat.
Amalan Qiamulail Malam Lailatul Qadar
Di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa Qiamullail, iaitu mulai 12.00 tengah malam ialah :-
Amalan Qiamulail Malam Lailatul Qadar
Di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa Qiamullail, iaitu mulai 12.00 tengah malam ialah :-
1.
Mengambil
wuduk dan mendirikan Solat Sunat Wuduk.
2.
Membaca
surah Ali Imran; ayat 190 –200.
3. Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah
tauhid.
4. Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan
Lailatul Qadar.
5.
Membaca
Al-Quran dengan memahami dan menghayati isi kandungannya.
6.
Beristighfar,
berzikir dan bertakbir.
7.
Bertasbih dan berselawat.
8.
Bersolat Sunat.
(a) Solat Sunat Taubat – Mohon keampunan.
(b) Solat Sunat Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
(c) Solat Sunat
Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
(d) Solat Sunat
Witir –
Solat Penutup
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah radhiyallahu 'anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada
Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu
buat? Baginda menjawab: “Bacalah:
Maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, yang suka memberi pengampunan. Maka ampunilah aku.”
Maksudnya: "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, yang suka memberi pengampunan. Maka ampunilah aku.”
Bersama-samalah kita mengimarahkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan dengan
beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala secara ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita
mendapat kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang kelebihan pahalanya melebihi 1,000 bulan.
Wallau A'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan