Surah Hud
Surah Hud (Nabi Hud ‘alaihis salam) سورة هود adalah surah ke-11 dalam Al-Quran dan termasuk golongan surah-surah
Makkiyyah. Surat ini terdiri daripada 123 ayat diturunkan sesudah surah Yunus.
Surah ini dinamai surah Hud kerana ada hubungan dengan terdapatnya kisah Nabi
Hud ‘alaihis salam dan kaumnya
dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah Nabi yang lain, seperti kisah Nuh ‘alaihis
salam, Shaleh ‘alaihis salam, Ibrahim ‘alaihis salam, Luth ‘alaihis salam, Syu'aib ‘alaihis salam dan Musa ‘alaihis salam.
Isi Kandungan Surah Hud
Keimanan:
Adanya 'Arsy Allah; kejadian alam dalam 6 tahap; adanya golongan-golongan
manusia di hari kiamat.
Hukum-hukum:
Agama membolehkan menikmati yang baik-baik dan memakai perhiasan asal tidak
berlebih-lebihan; tidak boleh berlaku sombong; tidak boleh menndoa atau
mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin menurut sunnah Allah.
Kisah-kisah:
Kisah Nuh ‘alaihis salam dan
kaumnya; kisah Hud ‘alaihis salam
dan kaumnya; kisah Shaleh ‘alaihis salam dan kaumnya; kisah Ibrahim ‘alaihis salam dan kaumnya; kisah Syu'aib ‘alaihis salam dan kaumnya; kisah Luth ‘alaihis salam dan kaumnya; kisah Musa ‘alaihis salam dan kaumnya.
Dan lain-lain:
Pelajaran-peIajaran yang diambil dari kisah-kisah para nabi; air sumber segala
kehidupan; solat itu memperkuat iman; sunnah Allah yang berhubungan dengan
kebinasaan suatu kaum.
Ayat-ayat Doa dalam Surah
Hud
1. Doa Ketika Menaiki
Kenderaan Di Air
Maksudnya: Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada
pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil
berkata: ‘Dengan
nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya'. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Hud 11:
41)
2. Memohon ampun
atas pertanyaan yang kita tidak mempunyai pengetahuan mengenainya terhadap Allah:
Maksudnya: Nabi Nuh
berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku
berlindung kepadamu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi
rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi". (Surah
Hud 11: 47)
Wallahu 'A'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan