Salam, kali ini saya ingin berkongsi sedikit cara kehidupan kita yang berulang-ulang/repetition yang banyak mempengaruhi cara pemikiran dan perjalanan hidup kita sama ada kita sedari ataupun tidak.
Kemudian, cuba kita bandingkan kegiatan berulang ini dengan kehidupan anak-anak kecil dan anak-anak remaja kita sekarang.
Kehidupan Anak-anak kecil kita sekarang/kita masa kecil dahulu
Perbuatan Berulang/Repetition: Akibat/Kesannya
1. Selalu bawa basikal: Pandai naik basikal
2. Tengok ultraman: Akan sedikit ganas dan suka pukul adik-adik
3. Tengok wonderpet: Akan ada sedikit sifat tolong menolong & menyanyi dengan girang
4. Tengok tom & jerry: Akan terbit sifat suka trick & kadang-kadang sedikit nakal
5. Selalu dimarahi ibu bapa: Akan menjadi sedikit pasif dan takut mencuba
6. Selalu di bawa ke surau: Akan suka berkawan, bergaul dengan kawan-kawan & orang dewasa & kenal erti berjemaah & bermaaf-maafan/bersalam-salaman
7. Selalu diajar menderma: Akan bertanya ‘mengapa bagi duit kepada orang lain/tabung?’. Ajar sajalah
8. Selalu melihat ibu bapa bertengkar: Akan suka bertengkar dan kurang sabar
Kehidupan Pelajar/Kita masa kita belajar dulu
Kehidupan Pelajar/Kita masa kita belajar dulu
Perbuatan Berulang/Repetition:Akibat/Kesannya
1. Suka buat latihan Add Mate & Mode Mate: Dapat A1 Addmate & Mode Mate
1. Suka buat latihan Add Mate & Mode Mate: Dapat A1 Addmate & Mode Mate
2. Suka baca cerpen/novel/majalah. Suka buat karangan BM/BI: Dapat A1 BM/BI
3. Suka bercouple: Pelajaran entah ke mana, couple entah ke mana
4. Suka ponteng & hisap rokok: Pelajaran entah ke mana, duit habis buat beli rokok
5. Suka solat jemaah, ke surau: Akan mempunyai ramai kawan dan kenalan. Cikgu pun sayang
Kehidupan kita sekarang/Dewasa
Kehidupan kita sekarang/Dewasa
Perbuatan Berulang/Repetition:Akibat/Kesannya
1. Selalu bawa kereta: Akan pandai dan mahir bawa kereta dan selok belok jalan
1. Selalu bawa kereta: Akan pandai dan mahir bawa kereta dan selok belok jalan
2. Selalu pergi ke surau, solat berjemaah & mendengar ceramah: Akan ramai kenalan dan kawan. Ilmu-ilmu baru sentiasa bertambah
3. Selalu dengar seminar kewangan & main saham: Akan mahir hal-hal kewangan, saham dan pelaburan (small deal/big deal, good deal/bad deal, doodads, market, gift etc)
4. Selalu dengar kuliah-kuliah agama: Hati akan sentiasa hidup untuk sentiasa mencari ilmu
5. Selalu main rumah lelong: Akan mahir hal-hal berkaitan rumah lelong
6. Selalu bershopping: Akan mendapat baju-baju/alatan-alatan baru. Mungkin juga hutang-hutang kad kredit akan bertambah
7. Selalu memikirkan idea-idea baru/berkongsikan idea-idea/bercakap tentang idea dengan isteri/rakan-rakan: Akan sentiasa dapat banyak idea baru lain
8. Selalu membaca buku dan menghadiri seminar: Akan sentiasa mendapat ilmu-ilmu baru dan kawan-kawan baru
Tidak kira sama ada kita kanak-kanak, pelajar ataupun dewasa, apa saja yang kita nak kita PERLU LAKUKANNYA SECARA BERULANG/REPETITION. Practice makes it perfect. Semua peringkat zaman membuktikan bahawa repetition akan menjadikan kita mahir tentang sesuatu hal. Lihat sajalah bukti-bukti di sekeliling kita. (Ada juga untuk kes tertentu, perkara sebaliknya berlaku tetapi jarang-jarang dan kadang-kadang. Sunnatullah/Kebiasaannya kita buat sesuatu dengan berulang-ulang/banyak kali kita akan mahir/dipengaruhi dengan cara hidup itu).
Kesimpulannya apa saja yang kita NAK, lakukanlah ia SECARA BERULANG, dan jangan mudah berputus asa jika belum berjaya. Tiada istilah gagal dalam kehidupan ini, yang ada hanyalah BERJAYA ataupun BELUM BERJAYA. Lakukanlah ia lagi dan lagi. Fikirkan cara baru lagi dan lagi. Cuba perkara-perkara baru lagi dan lagi. Insya-Allah kita semua akan dapat apa yang KITA NAK.
Wallahu'alam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan