Surah Al-Baqara
"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (240)
Nota:
Allah SWT telah memberi peringatan buat suami supaya menyediakan sejumlah perbelanjaan yang mencukupi bagi tempoh setahun untuk isteri sekiranya si suami meninggal dunia. Perbelanjaan tersebutlah yang akan digunakan oleh si isteri untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak. Kenapa setahun? Kerana selepas kematian suami, isteri akan hilang mata pencarian utama mereka terutamanya bagi isteri yang tidak bekerja. Dalam tempoh satu tahun itulah mereka perlu berdikari sendiri, mencari pekerjaan untuk menyara hidup bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya perbelanjaan yang si suami tinggalkan untuk tempoh setahun itu dapat meringankan beban sedikit sebanyak.
Bagaimana sekiranya si suami tidak meninggalkan sebarang wasiat? Adakah kita sebagai suami sanggup melihat anak-anak kita yang masih kecil dikerah bekerja bagi menggantikan kita sebagai pencari nafkah utama? Atau kita sanggup melihat anak-anak kita diserahkan kepada badan kebajikan anak-anak yatim atau keluarga angkat kerana si isteri tidak mampu menyara mereka?
Fikir-fikirkan sedalam-dalamnya...
Sediakan perancangan kewangan yang terbaik untuk keluarga anda sebelum anda meninggalkan mereka.
Wallahu'alam.
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan