Nuffnang advertisement

Selasa, 21 September 2010

NASIHAT DARIPADA PERANCANG KEWANGAN

Oleh Ayah.biz di http://janganterlepaspandang.wordpress.com/

Dalam senyap-senyap ni, saya banyak bertemu dan bersembang dengan perancang-perancang kewangan.

Antara nasihat-nasihat mereka yang amat baik kita usahakan ialah:-

1. Sentiasa simpan 3x, 6x atau 12x perbelanjaan bulanan anda sebagai simpanan kecemasan.

Jumlahnya terpulang dengan situasi masing-masing. Laburkan dana ini dalam akaun simpanan yang mudah untuk dikeluarkan sekiranya perlu.

2. Pastikan anda (dan keluarga) mempunyai perlindungan takaful yang mencukupi.

Sentiasa analisa keperluan anda terutama selepas perkara-perkara penting seperti kelahiran anak, beli rumah, naik gaji dan lain-lain.

3. Bantu keluarga anda dengan meninggalkan dokumen wasiat yang dikemaskini.

Ini memudahkan mereka melangsaikan hutang-hutang, membahagikan harta dan meneruskan kehidupan selepas anda tiada. Apa yang kita patut dokumenkan? Ringkasnya, 1/3 anda boleh wasiatkan dan 2/3 lagi uruskan mengikut sistem Faraid.

Harap sama-sama kita boleh rancang dengan bijak, dan mulakan sekarang.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...