Zaman sekarang ni, banyak benda yang kita dengar setiap hari. Malah bunuh dan rogol sudah menjadi satu benda yang kebiasaan. Bukan peristiwa yang jarang-jarang berlaku sebaliknya setiap hari ada saja dekat dada-dada akhbar, bukan setakat bunuh dan rogol, kemalangan, rompak, ragut juga semakin hebat. Nyawa manusia bagaikan tidak berharga. Semakin risau tentang keselamatan diri kita sendiri. Anak-anak yang paling berat kita fikirkan tentang keselamatan mereka dengan hanya berbekalkan minda yang terlalu singkat akan mudah termakan pujuk rayu orang dewasa yang ‘mengumpan’. Selamatkah kita?? Selamatkah anak-anak kita?? Dan selamatkah ahli keluarga kita yang lain??
Sebagai perkongsian sedikit ilmu, saya berbesar hati mensyorkan doa-doa keselamatan untuk dijadikan amalan harian kita. Doa yang pendek dan mudah diamalkan setiap hari. Walaupun doa yang ringkas tetapi bagi saya ertinya cukup bermakna sebab kita sentiasa berada dibawah KALIMAH dan NAMA RABB kita Allah SWT. Semoga akan sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh-NYA. DIA-lah sebaik-baik pemelihara.
1) Ertinya : “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang jahat”
2) Ertinya : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”
Cara Amalan
Ia kenalah berterusan (istiqamah). Sebelum keluar rumah, selepas baca doa keluar rumah teruskan dengan bacaan doa (1) dan (2) di atas, sebaiknya di ulang sehingga 3 kali bacaan. Bila tengah panaskan enjin kereta, kita isi masa terluang tu dengan membaca doa tersebut. Yang paling penting, kita baca doa tersebut sebelum memulakan perjalanan.
Fadhilat Doa & Hadis
"Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa (1) tersebut maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula."
(Riwayat Muslim)
"Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa (2) sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya."
(Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan)
Wallahu'alam.
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan