Oleh Ahmad Najib di http://www.mudahniaga.com/
Diam tak diam kita sekarang sudah pun berada di bulan September, 2010. Artikel yang dipetik dari Sunday Star, bertarikh 21 June 2009, dah lebih setahun artikel ini dikeluarkan.
Anda boleh membaca artikel ini secara keseluruhannya, bagaimanapun terdapat beberapa point yang sedikit sebanyak menarik perhatian dan secara ringkasnya ingin saya kongsikan di sini :
1 – Rakyat Malaysia sudah mula membuat perancangan untuk persaraan pada umur 34 tahun berbanding umur 37 tahun berdasarkan kepada kajian pada tahun 2007.
Komen : Bermulalah lebih awal kerana lebih baik.
2 – Lebih ramai kini yang memilih untuk membuat Pengeluaran Fleksibel 55 Tahun.
Komen : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam laporan prestasi suku tahun kedua 2010 mencatatkan lebih ramai ahli memilih untuk tidak mengeluarkan semua wang simpanan mereka sekaligus apabila mencapai umur 55 tahun. Sepertimana pengeluaran sekaligus yang boleh mengakibatkan simpanan dihabiskan dalam tempoh yang singkat.
3 – Kuasa beli pengguna telah menurun daripada 40% kepada 30%.
Komen : Dengan kadar kenaikan harga barangan yang meningkat setiap tahun. Fikirkan kuantiti barang yang boleh dibeli di pasaraya dengan hanya membawa RM50.
4 – Dalam membuat persediaan persaraan, memerlukan seseorang untuk berfikir dan sedar tentang keperluan dan cara untuk meningkatkan simpanan persaraannya.
Komen : Terdapat banyak alternatif untuk meningkatkan simpanan dan salah satunya adalah menerusi pelaburan unit amanah. Dapatkan khidmat penasihat kewangan yang bertauliah yang boleh dipercayai.
5 – Terdapat kepentingan untuk melindungi simpanan kita dan ketahuilah bahawa pembiayaan penyakit kritikal boleh menghakis simpanan anda.
Komen : Buatlah perancangan kewangan yang komprehensif. Bagaimana kalau anda masukkan pelan Takafulink beserta perlindungan perubatan. Jika anda masih sihat dan masih berumur kurang daripada 35 tahun, dapatkannya.
6 – Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk memperolehi ilmu sebelum membuat pelan persaraan yang baik.
Komen : Mungkin jika anda belum mempunyai apa-apa perancangan, apakata luangkan masa untuk melihat apa yang anda miliki sekarang dan masa depan.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan