Blog untuk dikongsikan maklumat-maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini. Semoga daripada apa yang dikongsikan ini dapat dihayati dan diamalkan bersama-sama. Insya-Allah.
Nuffnang advertisement
Jumaat, 29 November 2013
Khamis, 28 November 2013
Isnin, 25 November 2013
Jumaat, 22 November 2013
Khamis, 21 November 2013
Isnin, 18 November 2013
Jumaat, 15 November 2013
Khamis, 14 November 2013
Menyambut 10 Muharram Hari Asyura
Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari ke sembilan Muharram.
KELEBIHAN
عن أبي هريرة t قال : قال رسول الله r : ( أفضلُ الصيام بعد رمضان شهرُ الله المحرم ، وأفضلُ الصلاة بعد الفريضة صلاةُ الليل ) وفي رواية: ( الصلاة في جوف الليل )
Daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu berkata : bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda : "Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari". Di dalam riwayat yang lain "Solat di sepertiga malam"
[Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]
GALAKAN BERPUASA ASYURA
Daripada Abu Qatadah Radiyallahuanhu bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya akan puasa hari Asyura. Maka sabdanya : "ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". Di dalam riwayat yang lain "..adapun puasa pada hari Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya".
Daripada Abu Qatadah Radiyallahuanhu bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya akan puasa hari Asyura. Maka sabdanya : "ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". Di dalam riwayat yang lain "..adapun puasa pada hari Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya".
[Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804]
Hadith di atas jelas merupakan anjuran Rasulullah s.a.w kepada umatnya agar berpuasa pada hari ke sepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan dengan bertaubat kepada Allah Taala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu bagi pesalah yang thabit di dalam undang-undang Islam.
HIKMAH PUASA ASYURA
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya, "Hari apa yang kamu berpuasa ini?" Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, "Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Firaun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini." Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lantas berkata, "Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian." Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.
[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]
Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w. mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Firaun.
Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad s.a.w. dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.
DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM
عن ابن عباس - رضي الله عنهما - أن رسول الله r لما صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا : يا رسول الله ، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى ، فقال رسول الله r : ( فإذا كان العام المقبل - إن شاء الله - صمنا اليوم التاسع ) قال : فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله
Daripada Ibn Abbas Radiyallahuanhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : "Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya insyaAllah kita akan berpuasa pula pada hari ke sembilan".
Ibn Abas berkata "Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam sudah meninggal dunia."
(HR. Muslim no. 2722)
Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu 'alalihi wa sallam bersabda:
( لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع )
"jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari ke sembilan".
(HR. Muslim no.2723)
Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :
( صوموا التاسع والعاشر خالفوا اليهود )
"Berpuasalah pada hari ke sembilan dan ke sepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi"
[HR. Al-Baihaqi no.8665]
Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.
Wallahu'alam.
PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARRAM
1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharram - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari ini banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
10 Muharram - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari ini banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
Langgan:
Catatan (Atom)