Nuffnang advertisement

Selasa, 30 November 2010

Hargai Perkara-Perkara Kecil Dalam Hidup Anda


Dalam hidup kita sering berbangga dengan kejayaan-kejayaan yang begitu membanggakan. Terutama sekali apabila mendapat anugerah-anugerah tertentu yang berkaitan dengan kerjaya pastinya ia akan menjadi kenangan terindah dalam hidup. Namun kejayaan inilah yang melupakan kita untuk menilai perkara-perkara kecil yang sebenarnya banyak membantu kepada kejayaan tersebut.


Sebagai contoh mudah, anda mungkin berbangga apabila menerima Anugerah Pekerja Cemerlang di organisasi anda. Menerima hadiah dan penghargaan pastinya adalah satu memori indah yang sukar dilupakan. Sedarilah, banyak perkara kecil yang anda terlupa untuk diberikan penghargaan di sebalik kejayaan anda itu.



Anda mungkin terlupa memberikan penghargaan kepada:

  • Isteri yang banyak menguruskan rumahtangga dengan selesa sehingga emosi anda stabil dan dapat menjalankan kerja dengan baik setiap hari.
  • Isteri yang menjaga penampilan anda, gosok baju, basuh pakaian dengan bersih serta menjadi perunding imej anda sehingga kelihatan segak setiap masa.
  • Isteri yang memasak makanan yang segar dan menyihatkan tubuh badan anda.
  • Anak-anak yang tidak banyak meragam ketika mana anda berada di rumah.
  • Anak-anak selalu memahami situasi anda apabila anda terpaksa kerja lebih masa di pejabat.
  • Ibu dan bapa anda yang sentiasa mendoakan anda supaya mendapat kejayaan dalam hidup.
  • Anak-anak yang sentiasa tersenyum menanti kepulangan anda.
  • Suami yang banyak menenangkan anda ketika mana anda tertekan dengan tugasan yang tidak henti-henti.
  • Suami yang membawa anak-anak bersiar-siar ketika mana anda ingin bersendirian di rumah untuk menyiapkan kerja.
  • Majikan yang telah rekomenkan anda sebagai pekerja cemerlang.
  • Rakan-rakan kerja yang banyak membantu dalam menyelesaikan masalah kerja anda.
  • Senior anda yang telah menjadi mentor anda sehingga berjaya dan banyak lagi jika anda ingin fikirkan.
Jadi sedarlah, perkara kecil jika tidak dihargai, mana mungkin anda berjaya seperti sekarang.

Wassalam.

Isnin, 29 November 2010

Insurans perubatan jaminan rawatan pesakit, ringan beban keluarga

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my

2010/11/21


TAHAP kesedaran untuk melindungi diri dan keluarga dengan Insuran Perubatan dan Kesihatan (IPK) di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan jiran di selatan tanah air. Keadaan ini didorong faktor kos perubatan yang sangat tinggi di negara berkenaan berbanding Malaysia yang sebahagian besar kos rawatan dan ubat-ubatan masih ditanggung kerajaan.

Walaupun hospital kerajaan mempunyai lebih kepakaran dan kelengkapan namun peningkatan jumlah pesakit yang perlu dirawat menjadikan proses berkenaan mengambil masa yang lama terutama bagi mereka yang disahkan mengalami penyakit kritikal yang memerlukan rawatan segera.

Di sini, IPK iaitu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan, memainkan peranan. Polisi insurans ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos penyakit kritikal tetapi juga bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Selain itu, IPK juga membayar sejumlah wang tertentu semasa menjalani rawatan.

Ketua Pegawai Produk dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad, Heng Zee Wang, berkata selain kesedaran sejak awal lagi untuk dilindungi IPK, pelanggan perlu tahu butiran penting seperti apa yang mereka mahu lindungi, memahami istilah yang terkandung dalam polisi, tempoh matang atau menunggu, bayaran bersama, tempoh membuat keputusan dan syarat berkaitan.

Malah, tegasnya, tidak cukup dengan minat terhadap polisi insurans itu saja kerana pelanggan juga perlu mengetahui skop perlindungan dan had-had polisi atau pelan berkenaan. Dengan maklumat ini, pelanggan dapat memastikan perlindungan menyeluruh untuk dirinya.

"Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan polisi insuran, kami sarankan memilih polisi yang asas dan mengikut kemampuan seperti jenis polisi utama yang biasa ditawarkan iaitu Insuran Hospital dan Pembedahan, Insuran Penyakit Kritikal, Insuran Pendapatan Akibat Hilang Upaya dan Insuran Pendapatan Hospital.

"Insurans melindungi pelanggan daripada risiko dan keadaan yang tidak diduga yang boleh meragut nyawa. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk mengetahui jenis insurans yang terdapat di pasaran agar dapat memilih perlindungan yang sesuai," katanya.

Lazimnya, kata Heng, pelanggan akan berurusan dengan seorang pengantara ketika membeli polisi insurans. Sama ada pengantara itu seorang ejen broker atau penasihat kewangan, ketahuilah perkara penting ketika berurusan dengan mereka untuk memastikan hak sebagai pengguna sentiasa terpelihara. Ini seperti mengetahui senarai panel hospital, cara membuat tuntutan, tarikh luput polisi insuran dan sebagainya.

"Mengenalpasti senarai panel hospital adalah antara perkara utama selain memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat mengenai syarikat insuran dan jenis polisi insuran yang melindungi diri anda.

"Di sini, pentingnya hubungan baik antara pemegang polisi dengan ejen atau penasihat kewangan kerana mereka adalah pengantara yang akan menghulurkan sebarang maklumat mahupun bantuan setiap kali diperlukan," katanya yang menegaskan maklumat dan dokumen lengkap mengelakkan sebarang masalah ketika membuat tuntutan.

Pemegang polisi juga, kata Heng, perlu tahu dan dimaklumkan mengenai pengecualian dalam polisi IPK dan perlu bertanya kepada ejen insuran sekiranya kurang faham. Antara pengecualian itu termasuk syarat pra wajib iaitu tidak mendedahkan masalah kesihatan sedia ada ketika membeli polisi; mengalami masalah mental, peperangan mahupun rusuhan, tempoh menunggu di mana anda tidak layak membuat tuntutan dalam tempoh empat bulan pertama perlindungan kecuali kecederaan akibat kemalangan dan banyak lagi.

Jelasnya, usaha menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya perlindungan insuran bukan kerja mudah dan mengambil masa yang lama.

"Membeli insuran bukan seperti membeli barangan di kedai. Polisi insuran adalah jaminan yang dibeli bagi melindungi perkara yang belum pasti bila dan di mana ia berlaku, namun kesedaran awal terhadap kepentingan polisi insuran mampu mengelakkan insiden sudah terhantuk baru nak terngadah.

"Kami di Prudential mengambil langkah drastik dalam usaha memberikan pendedahan awal kepada masyarakat mengenai kepentingan polisi insuran demi masa depan yang lebih terjamin. Bertindaklah awal ketika usia masih muda dan sihat, kerana apabila usia sudah meningkat senja, agak sukar untuk mendapatkan polisi insuran yang sesuai selain harga premium yang ditawarkan agak tinggi," katanya.


INFO: Panduan membeli insurans

  • Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen dan ejen insurans yang sah.
  • Buat perbandingan kadar premium.
  • Fahami had perlindungan, terma dan syarat polisi.
  • Pilih polisi asas dan mampu.
  • Periksa tarikh kuat kuasa insuran.
  • Isi borang permohonan dengan teliti.
  • Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans dan bukan ejen.
  • Baca dan fahami polisi anda apabila anda menerimanya.
 

Sabtu, 27 November 2010

10 Khasiat Telur Yang Perlu Anda Tahu



Bagi peminat telur. Tahukah anda telur ni banyak khasiatnya. Kalau masih was-was, silalah baca info dibawah ni. Mana tau ia berguna untuk anda. Tak rugi apa-apa pun, kalau anda ingin mengetahuinya lebih lanjut. Silakan baca.

1. Sebiji telur sehari membantu mengelakkan penyakit mata (makuladegeneraton) kerana kandungan karotenoid yang mudah didapati di dalam telur.

2. Telur juga mengelakkan penyakit katarak  mata kerana kandungan lutien dan zeaxanthin.

3. Sebiji telur juga mengandungi 6 gram protien berkualiti tinggi dan 9 keperluan asid amino.

4. Menurut kajian Harvard Medical School, tiada sebarang kaitan berkenaan pengambilan telur dengan penyakit jantung. Sebenarnya pengambilan telur secara teratur membantu mengelak darah beku, strok dan sakit jantung.

5. Sebiji kuning telur mengandungi 300 mikrogram Choline iaitu nutrisi penting yang membantu mengawal otak, sistem kardiovaskular dan sistem saraf.

6. Telur juga terdiri daripada lemak baik. Sebiji telur hanya mengandungi 5 gram lemak dan 1.5 gram lemak tepu.

7. Kajian terbaru menyangkal kepercayaan bahawa telur penyebab kolestrol tinggi. Sebaliknya, memakan telur setiap hari tidak akan menjejaskan kesihatan kerana lemak pada telur adalah lemak tepu.

8. Telur adalah satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D secara semula jadi.

9. Telur juga berkemungkinan membantu dan menghalang kanser payudara kerana menurut kajian, wanita yang mengambil sekurang-kurangnya enam biji telur seminggu mampu merendahkan risiko penyakit itu.

10. Telur juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat kerana mengandungi sulfur, vitamin dan mineral yang tinggi.

Okey, itu je. Ingat makan telur secara teratur. Barulah hidup sihat dan ceria selalu. 

Wallahu'alam.

Jumaat, 26 November 2010

Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah


Nabi S.A.W. mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ini saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang).

KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu bahan kimia bernama isoflavone (2).

(1) : fotokimia ialah komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.
(2) : isoflavone ialah komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ini bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastrik, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid’(3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3) : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat dideaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4) : jaringan hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuelnya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Bahan kimia ini kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Wallahu'alam.

Khamis, 25 November 2010

Amalan Pemakanan Sihat Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.


Dalam Islam, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memilih Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W. adalah:

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.














2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.



3. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.



4. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.



5. Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

6. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.


7. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging.


8. Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.


9. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

10. Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.

11. Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

12. Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

13. Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

14. Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.

15. Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.

16. Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah sukar untuk mendapat penyakit.

17. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan. Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.

18. Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.

19. Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

20. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

21. Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.” (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).

22. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamah hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:

“Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

23. Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.

24. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).

“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

25. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ini bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.

26. Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.

Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).

Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).

27. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya). Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.

28. Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00 pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 petang sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 malam).

29. Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh.

30. Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

31. Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu.

Wallahu'alam.

Minum Susu Kambing Adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.


Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi

Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3. ”Saya pergi Mekah, saya tengok kambing-kambing ini jilat lumut kat atas batu” kata Dr. Jamnul Azhar. Kambing ini jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab itu kita cuma minum susu kambing. Nabi S.A.W. meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing.

Bela kambing mengajar rasa tawaduk

Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kancil. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri.

Sabda Nabi S.A.W.: "Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan” .

Nabi S.A.W. disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ

Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.

”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”

Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tiada susu.

Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat.

Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik?

Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi.

Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tiada masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’.

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia

Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).

Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.

Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.

”Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” kata Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya.

Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.

”Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” kata Ust. Farid Ravi.

”Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” kata Ust. Farid Ravi.

Keistimewaan Susu Kambing

Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser. Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan oleh pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996, rata-rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya - dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

a. Penyakit demam kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. Penyakit darah tinggi/pening-pening.
d. Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Wallahu'alam.

Makanan Barat Satu Propaganda Yahudi



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang sudah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

(Surah al-Baqarah, ayat 120)

Antara propaganda Yahudi yang menjadi sebahagian daripada pemakanan kita



1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Yahudi) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Tetapi sebenarnya Nabi s.a.w. tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Yahudi ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi s.a.w. selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ini nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5.  Para Yahudi ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan mi segera. Coke itu sangatlah beracun dan sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan orang kita juga yang ketagih minum.


6. Untuk pengetahuan, para kafir juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab negara Amerika Syarikat adalah merupakan pengeluar soya terbesar). Namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya terdapat hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada perempuan. Soya juga mempunyai phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita yang menyebabkan badan kita kekurangan zat-zat mineral tersebut.

Tahukah anda minuman apakah yang paling digemari oleh Nabi s.a.w kita? Adakah air soya? Tentu sekali tidak. Minuman yang paling digemari oleh Nabi s.a.w. dan tentunya paling berkhasiat ialah SUSU KAMBING!

Wallahu'alam.

Rabu, 24 November 2010

Belajar Memaafkan Orang Lain


Meminta maaf kepada orang yang melakukan kesilapan bukan perkara mudah kerana ia melibatkan memecahkan rasa ego dalam diri seseorang. Sebab itu tidak ramai orang yang bersalah tetapi mampu meminta maaf di atas kesilapan dirinya. Hanya kerana ego, maaf tidak dituturkan di bibir. Kesalahan diri dianggap perkara kecil yang boleh disembunyikan.



Namun perkara lebih besar daripada meminta maaf kepada orang lain, memberi maaf juga melibatkan keegoaan dalam diri. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan ke atas diri kita. Oleh kerana itulah ada seorang sahabat Rasulullah s.a.w. baginda telah menyebut-nyebut namanya di hadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga.

Hairan para sahabat kerana Rasulullah s.a.w. menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak tiga kali di hadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut. "Wahai sahabat, apakah rahsia yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. menyebut namamu sebagai ahli syurga?" Maka sahabat tersebut menjawab, "Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur."

Meminta maaf atas kesilapan kerana sebagai pengakuan kita bersalah tetapi orang yang memberi maaf benar-benar menunjukkan anda seorang yang berjiwa besar.

Wallahu'alam.

Selasa, 23 November 2010

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan yang tinggi

Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bharian.com.my
2010/11/22



KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.

Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.


p/s - Mereka yang tergolong dalam 26 peratus ini adalah individu yang tidak mempunyai insurans/takaful yang menyediakan kemudahan kad perubatan bagi melangsaikan kos rawatan dan perubatan yang tinggi di hospital swasta.


Sesungguhnya pemilikan pada kad perubatan insurans/takaful pada masa kini menjadi satu keperluan kepada setiap individu di Malaysia.

Wassalam.

Isnin, 22 November 2010

Kesan Inflasi Ke Atas Kos Perubatan

  
Oleh Ahmad Najib di http://www.mudahniaga.com/


Mahu tak mahu, kalau nak dapatkan penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi – kita tiada pilihan melainkan dengan membayar lebih. Tetapi dengan kenaikan kos perubatan dan rawatan kesihatan akibat inflasi/kenaikan harga mampukah kita menanggung kos tersebut dengan duit simpanan atau harta kekayaan kita sedia ada?

Berdasarkan gambar di atas, saya ingin berkongsi 3 kesan inflasi ke atas nilai matawang kita berdasarkan anggaran kadar inflasi adalah 6% setahun.

1 – Kos belian

Untuk membeli barang makanan yang berharga RM20 sekarang, anda terpaksa mengeluarkan sebanyak RM64 dalam jangka masa 20 tahun akan datang.

2 – Kos perbelanjaan

Untuk perbelanjaan RM48,000 sekarang, anda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM153,942 dalam jangka masa 20 tahun akan datang.

3 – Nilai kuasa beli anda

Untuk nilai wang yang anda miliki sekarang yang bernilai RM500,000 sebenarnya hanyalah bernilai RM145,053 dalam jangka masa 20 tahun akan datang.

Bagaimana pula kalau anda hanya ada RM5,000 sahaja sekarang ini? Ini adalah kehidupan, kalau sudah ditakdirkan kita akan sakit memang kita akan sakit, tetapi takdir tidak pula menentukan bagaimana kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi saat tersebut. Tuhan masih memberikan kita peluang untuk menentukan dan janganlah pula kita menyalahkan takdir jika sesuatu yang tidak menyebelahi kita kelak.

Wallahu'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...